*

Tuesday, 24 August 2010

Lelaki Idaman Wanita

Salam dan selamat malam semua..
Petang tadi..sementara menanti waktu masuk dapur..sambil rehat-rehat.. kita baca majalah lama yang kita kemas beberapa hari lepas. Ada beberapa artikel dalam majalah ini yang menarik perhatian kita. kita kongsi kat sini ye..
Petikan dari majalah wanita 1993
LELAKI membuat WANITA tersenyum, ketawa, tergoda, marah, terpukau  dan ada ketika terhina.Siapakah lelaki ini? Wanita mempaparkan beberapa wajah yang muncul dalam kehidupan kita.
  Secara terbuka atau senyap-senyap, dari jauh mahupun dekat, WANITA menilai LELAKI. Kita mengutuk jika mereka berpakaian selekeh, meluat apabila berlebihan gaya.
  Walaupun ramai wanita tertarik lelaki tinggi, bertubuh sasa, berbulu dada atau berkumis tebal, jangan terkejut ada juga meminati lelaki berkepala botak!
  Apa pun, yang pasti kita benci jika mereka cuba menutup kekurangan dengan cara melucukan.Kebanyakan wanita menganggap usaha itu sia-sia dan tiada berkeyakinan.
  Misalnya menyikat rambut kedepan untuk menutup botak, menyimpan sisip rambut sebagai jambang atau berkasut tumit supaya nampak lebih tinggi. Lebih membosankan, berlagak kaya tetapi papa dan banyak cakap untuk menuttup kekurangan.
  Pelik, sesetengah lelaki seksi tetapi tidak ramai wanita mahu mendekati sebaliknya yang sederhana menjadi pilihan dan meyakinkan. Acapkali lelaki buaya dan pandai memutar belit lebih menonjol.
  Bagaimanakah wajah lelaki idaman? Adakah anda perlu menjadi bintang, jutawan atau berperawakan seksi? apakah nilai yang di cari-cari wanita?
  Ruangan ini memilih beberapa lelaki untuk tatapan semua. Mereka di kalangan ahli sukan, penyanyi, pelakon dan peminpin.Yang pasti kemunculan orang ini ketara.
  Setiap gerak laku menjadi perhatian, gaya menjadi ekoran dan kejayaan menjadi inspirasi lelaki lain. Istimewa mereka menjadi perhatian wanita!
  Kebanyakan kisah mereka kita baca. Sesetengahnya membuat kita ketawa dan menangis. Paling penting ada antara mereka berkerja keras membuat kehidupan kita lebih terjamin dan selesa.
  Sebolehnya kita mahu tatap sendiri wajah mereka, bukan sekadar seimbas lalu di tv atau surat khabar. Lebih bahagia jika dapat berjabat tangan.


Inilah wajah-wajah idaman hati wanita..yang mana lebih kacak dan bergaya ye?
Semuanya orang punya...


a'aaah..yang ini kita punya..kihkihkih

No comments :

Post a Comment

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..