*

Saturday, 21 August 2010

Kad kredit

Salam petang sabtu dan selamat berbuka puasa..
Baru balik jalan2 shopping raya dngan anak2. Lepak kejap depan cik lappy ni..nak hilangkan lelah dan lengoh kaki..
Sebut pasal shopping ni mesti tak lari dari cara membuat bayaran..samaada tunai atau pun berhutang. Ada orang suka bayar secara tunai..ada orang suka berhutang. Kalau bayar secara tunai..kenalah bawa duit tunai banyak ( budget utk shopping hari tu ) Kalau nak berhutang kena lah ada kad kredit. Kad kredit ni boleh guna/hutang hingga satu tempoh tertentu yang di tetapkan olih bank.  Membawa kad kredit  untuk pergi bershopping..kurang risikonya..sekiranya berlaku kecurian atau rompakan..berbanding membawa wang tunai..

Petikan artikal
Berkad kredit kini bukan lagi untuk bergaya.Jauh sekali berlagak.Tanyalah wanita kerjaya, di dalam sepuluh hanya seorang dua sahaja tidak memilikianya. Kalau bukan milik sendiri, ia mungkin hadiah suami, kad tambahan untuk kesenangan isteri.

Pengunaan kad kredit kian meluas. Bukan hanya di bandar besar, malah di pekan kecil, semakin luas serta banyak kemudahan lain dapat di nikmati.

Sekiranya anda belum memilikinya, langkah pertama perlu dilakukan bertanya pada diri sendiri, apakah kad ini benar-benar diperlukan? Dengan gaji sedia ada, layakkah anda menjadi pemegang kad?

Sekiranya sudah yakin dengan jawapan diri, sebelum dapatkan borang, pastikan jenis kad yang dipohon. Kad kredit atau kad tunai (charge kad ). Beza dua kad ini ialah, kad kredit di tawar olih bank dan berbelanja diatas kredit bank. Batas belanja digariskan bank berdasarkan gaji. Penyata datang setiap hujung bulan. Tidak perlu gusar untuk membayar keseluruhannya. Bayaran minimum hanya 10 peratus daripada jumlah dengan kadar 1.5 peratus setiap bulan.

Kad tunai berbeza kerana memilikinya melambangkan gaya.Tiada batasan berbelanja tetapi anda dikehendaki menyempurnakan seluruh bayaran apabila penyata tiba.

Apa pun kad yang anda miliki jika salah guna, ia mendatangkan bahaya. Berbelanja jangan sesedap rasa.Jika anda gagal menjelaskan bayaran hutang dalam masa dua bulan, kad di gantung dan anda mungkin di tuntut. Baik sekiranya anda dapat jelaskan sepenuh bayar an untuk mengelakkan membayar kadar bunga pada setiap bulan.

* sumber majalah wanita 1993

2 comments :

  1. kalau ada offer pun tak nak pakai credit card nie. takut x dpt control diri.

    ReplyDelete
  2. anggap saja kad kredit..sebagai buku bank.kalau takde duit dalam buku bank..macamana nak belanja..

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..