*

Sunday, 8 August 2010

jemputan penutup tahun

Salam dan selamat sejahtera buat pengunjung semua..
Penutup tahun bagi kumpulan marhaban AlInsyirah..kami mendapat banyak undangan kemajlis Khatam AlQuran dan berendoi.Setiap minggu sepanjang bulan Sa'aban ini penuh dengan majlis undangan.Memang penat dan meletihkan, tapi dik kerana minat..kami penuhi juga setiap undangan tersebut.

Tahun ini..kebanyakan majlis..tuan rumah sangat suka pada thema warna pink dan purple.kebanyakan majlis yang kami hadiri..mahukan kami mengenakan uniform kaler pink purple. Bayangkan kalau satu hari ada dua majlis yang mahu kami berpakaian warna yang sama..heheheh..

Gambar semua ini akk snap dengan izin tuan rumah. Ada juga yang tak sempat nak bergambar disebabkan tergesa2 nak cepat ke tempat lain. Inilah sahaja sumbangan bakti akk dan rakan-rakan..kepada masyarakat setempat dan sekitarnya..demi menyambung warisan budaya dan bangsa.Semuga akk dan rakan-rakan..dapat menyambung kembali aktivi ini selepas berakhirnya Ramadhan nanti..selamat menyambut Ramadhan ALMubarak..dan selamat menjalani ibadah puasa..berterawikh dan bertadarus.


Salam dan jumpa lagi..

No comments :

Post a Comment

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..