*

Monday, 26 July 2010

Dapat Pinangan

Salam..selamat sejahtera buat pengunjung semua..
Tarik beca pakai tali..alang2 dah baca.. komen sekali..terimakasih.
Ada masanya kita ni mudah lupa..bukan mudah lupa seperti Dr.M katakan tu.Tapi lupa kt mana kita simpan barang koleksi lama kita.
Alkisahnya..semalam dapat SMS dari seseorang yang berminat nak beli teko lama yang kita jual.Kebetulan masa tu kita ada kat rumah lama..kerana anak-anak berkumpul dihujung minggu.Dah puas bersms..dia call pulak..tanda jadi.Kita pun mencari..kat mana kita simpan teko lama tu.Sudah lama sangat kita tepek gambar kat blog..tapi takde siapa pun berminat nak meminang.Jadi kita pun dah lupa kat mana kita simpan teko tu.Puas mencari merata tempat..tapi tak jumpa.Entah2 kita dah jual..tapi kita lupa.huk..huk..huk.habislah kita.iye..iye dah janji nak jumpa orang tu..hari rabu ni... : (
Pagi ni..kemas2 rumah..kebiasaannya kalau bulan Sya'aban..kita memang suka berkemas rumah nak menyambut Ramadhan.Ustaz pun kata..memang digalakan berbuat demikian.Dalam masa mengelap/membersihkan deretan teko2 lama kita tu..kita terpandang teko yang kita cari kat rumah lama semalam..hehhehe.memang makcik ni mudah lupa..tak ingat bila kala kita meletakan teko tu di situ.Nasib baik tak call orang tu kata tak jadi jual.Kalau tidak..harus orang tu kata..makcik ni mungkir janji!!.
Alhamdhulilla..lega rasa..teko lama dah dipinang orang.bernafas sikit teko2 lain dalam almari tu.
salam..singgah lagi ye..

2 comments :

  1. Teko tu buat pekena kopi 'o' kaw baru sodap...

    Kawan ada simpan teko tembaga yang lama tuh...

    ReplyDelete
  2. Nak2..klau kena kopi muor 434.akak tak sedar..amir lalu..

    Teko tembaga yg macamana tu amir?

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..