*

Friday, 14 May 2010

Perjalanan Umrahku

Assalamualaikum.. dan selamat malam buat pengunjung dan teman-teman blogger semua.
Lama tidak bersiaran..rasa rindu pulak nak kongsi-kongsi cerita kat sini.Rindu juga nak melepak kerumah maya teman-teman semua..tapi belum ada kesempatan.Tunggu bila dah rasa relex n lega baru boleh memulakan siri jelajah..hehe..
Perjalanan Umrah kita bersama suami  bermula pada hari Khamis 29/4/10 jam 10.30 pagi...dan telah selamat sampai ke rumah  pada hari Selasa 11/5/10 jam 11.30 pagi.Alhamdhulillah semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang..cuma adalah sedikit-sedikit masaalah yang tak di jangka berlaku..masaalah teknikal saja.Keseronokan dan nikmat berada di sana mengerjakan amal ibadah tak boleh di ceritakan dan di gambarkan..ianya dapat di rasai bila kita pergi dan melakukan sendiri.Kita sentiasa merasa tidak puas..dan mengharap akan dapat pergi kesana lagi.Itulah sebabnya..mengapa ramai orang yang sudah pergi..ingin pergi berkali-kali..jika mampu mahu pergi setiap tahun..kerana sudah merasai betapa nikmatnya beramal di sana.Alhamdhulillah..


~di Jeddah.. air menerel SR5..500ml ~

~ dalam bas mulakan perjalanan ke Madinah ~

Di madinah tak boleh bawa kamera..kita bawa hpon amik gmbr..tapi tak pndai nak upload gmbr..hpon sony susah sikit..kena belajar dulu ni..hehhe 
~ ni gmbr kita amik kat TV dalam bilik ~

Mulakan perjalanan dari Madinah ke Mekkah
~ pandangan biasa sepanjang perjalanan ~


Sebak dan syahdu bila melihat Baitullah..setiap kali selesai tawaf..terasa diri ini dilahirkan semula..Ya Allah nikmatnya perasaan ini..


Salah satu sudut kegemaran kita..setiap waktu solat..dekat dengan rak AlQuran..senang nak ambil bila nak mengaji dan tak sesak sangat.Kita solat kat sudut ini kalau kita terlambat pergi masjid.



Ini sudut kegemaran kita..masuk pintu satu..king abdul aziz..sambil solat boleh tengok Baitullah.Syahdunya..terasa kekhusyukannya..tak terasa airmata mengalir..Subhanallah..


Pemandangan biasa setiap kali lepas waktu solat....








No comments :

Post a Comment

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..