*

Saturday, 22 May 2010

menternak burung..


 
Salam dan selamat sejahtera..buat teman-teman dan mengunjung semua..
Wah! bunyi tajuk macam iyer iyer aje kita ni menternak burung..hehhe
Saja nak di jadikan cerita..selepas kita berpindah kerumah baru..rumah ini kita tak sewakan..sebab nak kekalkan pejabat kecik suami masih kat situ.Kelihatannya rumah ni memang macam masih ada orang duduk..tak merubah apapun..sebab suami hari-hari  datang dan kami pun sesekali duduk dan bermalam di sini.
Rupanya..bila kita tak duduk dirumah tu..ada makhluk lain pulak yang duduk.Bunyi macam serammm aje ek!
Bukan makhluk yang seram..tapi sekor burung..tak pasti burung ape..telah buat sarang..betul2 kat atas pintu depan rumah kita.Di belakang frame ayat yang kita gantung atas pintu.Kita dah perasan dari bulan dulu lagi..ingat lepas anaknya dah besar..nak bersihkan..supaya dia tak bersarang lagi kat situ..tak sempat nak bersihkan..kita nampak burung tu asik terbang lalulalang kat depan rumah.

Semalam..kami anak beranak berkemas-kemas rumah..maklum akhir tahun ni akan ada majlis besar di rumah kami.Papa dan anak-anak lelaki semua memilih untuk mengadakan majlis di rumah lama..kita dan anak-anak perempuan memilih di rumah baru.Tapi bila undi di buat..memang berpihak pada suara lelaki..kerana mereka ramai...hehehhe
Semasa berkemas/mengecat rumah..sham perasan yang burung tu bawak makanan untuk anaknya. mama! burung nie buat sarang ke..dah bertelor/beranak? Entahla sham..baru ari tu mama dengar bunyi anak burung kat atas tu..takkan bertelor lagi pulak..cuba kau intai!!
haaaah!!!..dah menetas dah!!!
Cuba kau ambik gambo!!!
bak kamera!!!
nah!!!
klik..klik..klik..
inilah hasilnya!!!
eksklusif tak!!1



Petang tadi 23/5/10..telor yang sebijik lagi dah menetas..4 ekor anak burung semuanya..teruja  menunggu nak tengon anak burung ni membesar.. 

29/5/10.anak burung dah mula berbunyi bising ..kalau emaknya lambat bawak makanan.
nie lah ghupenya anak burung tu..geli geleman nengoknya..

No comments :

Post a Comment

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..