*

Thursday, 20 May 2010

Handbag baruku..

Salam dan selamat malam buat pengunjung yang sudi berkunjung kesini.
Agak lama juga tak mengentry cerita pasal koleksi peribadi ni.Bukan takde cerita..tapi kekadang tu malas pulak nak bercerita.Kira ikut moodlah.

Malam ini ada baik punya mood..saja nak cerita pasal begtangan.Dalam banyak-banyak koleksi begtangan yang kita ada..tak semuanya menjadi kesukaan kita untuk mengunakannya.Walau cantik pada pandangan kita..tetap ada yang tak kenanya.Tangkai terlebih panjanglah..ruang simpan barangnya sempitlah..keras tak selesa nak di kepitla..tangkai pendekla..berat sangatla..dan macam-macamlah.Pendek kata takde yang sempurnalah.

Baru-baru nie..semasa balik dari mekah..rombongan kami singgah diJeddah.Kira macam melanconglah sekerat hari.Dalam waktu yang sangat suntuk di berikan olih pengajur untuk membeli belah di satu kompleks membeli belah...sempat juga kita terjah kekedai begtangan.Apa lagi rembat ajelah..yang agak-agak berkenan dan berkemampuan.Tambah pulak dah dapat kebenaran dan kelulusan dari kementerian kewangan dulu.Tak sempat nak pilih-pilih sangat pun..ambik saja..tak mahal pun..ada lah SR300 sahaja.

Inilah begtangan yang sesuai dengan citarasa kita sebenarnya..hehe.senang nak diurus.sangat lembut dan selesa di sandang..ruang yang luas..boleh di kecil atau di besarkan..boleh di jinjing atau di sandang..kiranya..90% menepati citarasa kita.Nampak gayanya begtangan inilah yang akan kita bawak kehulu dan kehilir..heheheh..


warna hitam tetap menjadi pujaan
ruang yang luas..boleh masuk dairi dan chekbuk
kalau trevel boleh isi memacam barang orang perempuan..heheh..
berbaloi-baloi mokchik membolinye

No comments :

Post a Comment

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..