*

Thursday, 25 March 2010

Barang N dah packing

Assalamu'alaikum pagi jumaat yang berkat..dan selamat sejahtera buat teman2 semua..
Semalam nak n3kan pasal set sakura ni.Tengah nak n3,anak Pn.n sms kata.. saya nak datang ambil barang yang mak saya beli..katanya.Olih kerana scara kebetulan kita pun nak keluar,jadi kami pun jumpa kat UITM aje.Alhamdhulillah Barang yang Pn.N hajatkan sudah pun berada di tangan anak bujang Pn.n.

Kisahnya set cik sakura ni kita jumpa secara tak sengaja di kedai apek di padang besar.Asalnya nak cari pinggan ayan, ternampak pulak cik sakura ni.Lepas tawar menawar..kita rembatlah.Pada mulanya terasa banyak sangat.Semuanya 12 biji setiap satu.Kita nak 6 biji setiap satu..tapi apek tu tak nak jual.Olih kerana dah berkenan..beli ajelah.

Dah beli..rasa macam banyak sangat pulak.Takde tempat nak simpan.Kita pun tepek gambar dalam blog..kut2 ada orang berkenan dan nak beli.Alhamdhulillah..sudah terjual semuanya.Masih ada ramai lagi permintaan ni..tapi tak dapat nak tunaikan.


~ dah siap berbungkus.bungkusan ni bukan utk dipos ye.kalau nak pos kena guna kotak lebih besar dan kena sumbat surat khabar banyak2 ~

No comments :

Post a Comment

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..