*

Monday, 22 February 2010

Sup Bebola Ikan

Menu semalam dan hari ini..sup bebola ikan...
Musim panas ni..kurang selera makan.Nak bagi naik selera..kena makan masakan yang berkuah..seperti masak pindang,jangan bening ( inna kalau baca..jangan gelak ye...heheh)asam rebus,masak supke..apa lagi ekk? Kalau jangan bening kang..a'kak sorangg yg makannn..diaorang semua tak makan.Paling senang masak sup.

Jom kita masak sup bebola ikan..
1 pkt bebola ikan..dlm 20 pcs
2 ulas bawang putih
1/2 inc halia muda
sedikit lobak merah ( lepas diparut/sagat angaran sesudu besar )
beberapa bijik lada hitam
sepokok daun bawang

Semua bahan di tumbuk lumat.Lobak merah di parut/sagat.Daun bawang di potong kecil2.
Tumis bahan yang di tumbuk dan lobak merah sampai wangi.Masukan air secukupnya..biar mengelegak baru masukan bebola ikan.Masuk garam secukup rasa dan daun bawang.

~ sup hari ini..bebola ikan yg kaler kuning ~


~ menu semalam..sup bebola ikan yang kaler putih ~

No comments :

Post a Comment

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..