*

Thursday, 11 February 2010

lelaki..

Malam tadi papa ajak makan di luar.Kami berdua saja yang pergi.Anak-anak sibuk dengan urusan keluarga memasing..maklum hari bekerja dan cucu-cucu pun sekolah.Makan kat tempat yang biasa kami pergi saja.Sementara menunggu makanan yang di pesan sampai..kami sempat memerhati gelagat orang yang singgah makan di situ.Kami terpandang sepasang kekasih/suami isteri yang masih muda duduk betul2 di hadapan kami.Pasangan ini duduk berhadapan satu sama lain.Siwanitanya menutup muka dan tunduk saja..seolah-olah malu-malu gitu.Silelaki pulak memandang tepat ke muka wanita itu tak berkelip/beralih pandangan.Sekali pandang seolah-olah..romantisnya pasangan ini...
Kami berbisik2/mengumpat..heheheh..pasangan ini dan malas nak pandang pun.Tapi bila pandang sekali lagi..rupanya siwanita itu menangis.Silelaki buat derk aje.Air yang di pesan pun tak di minum.Agak lama juga.kami pun tak beralih pandang ( bz bodi..heheheh ) nak melihat apa seterusnya yang akan berlaku.
Tetiba..si wanita terus bangun..tanpa menghiraukan si lelaki..macam nak melarikan diri merajuk aje.Dia terus pergi kekereta dan terus memandu keluar dari kawasan itu.Tinggallah silelaki tu terkebil-kebil dengan muka yang merah padam..marahlah tu atau malu..heheh.Kami agak mereka datang dengan kereta memasing.Rupanya si lelaki balik berjalan kaki saja sambil bercakap di telepon.Hai lelaki..jadike macamtu..dahlah menumpang kereta orang..buat orang marah pulak tu..kan dah kena tinggal..hehehe

No comments :

Post a Comment

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..