Wednesday, 13 January 2010

Trajedi di Lata Hammer


Assalamua'laikum dan selamat petang teman maya semua..semuga teman-teman semua dalam keadaan sihat sejahtera dan dirahmati Allah.
Baru dapat balik kerumah dan bertenet..setelah beberapa hari meninggalkan rumah.Bukan kemana pun..cuma duduk kat  rumah lama...
Keluarga adik kita telah menerima satu dugaan yang amat menyedihkan.Anak sulungnya lemas semasa  mandi manda di air terjun.Berita yang amat mengejutkan kami sekeluarga.Tetiba sahaja dia hilang sekelip mata.Tak dapat nak di gambarkan bagaimana perasaannya ketika itu..tika dia terjerlus di pasir tepi tasik itu..sahabat yang cuba menarik tangannya pun turut terjerlus dan tengelam bersama.Tapi nasib sahabatnya lebih baik dan dapat menyelamatkan diri setelah berusaha berenang,walaupun kakinya kejang dan telah banyak terminum air.Setelah beberapa ketika menunggu..mengharapkan dia akan timbul..sahabatnya menjerit minta pertolongan..barulah dia tersedar rupa2nya..hanya mereka berdua sahaja yang berada di atas puncak bukit air terjun itu.
Bersusah payah sahabatnya yang kesakitan disebabkan kekejangan kaki..berjalan menuruni bukit..mengharungi dua batang anak sungai..dengan jalan yang hanya boleh di lalui pejalan kaki sahaja untuk meminta bantuan.Masa diambil untuk sampai kebawah bukit selama lebih kurang satu jam..tiada line talipon...tiada sesiapa pun di situ.Bila sampai di kawasan perkemahan..barulah sahabatnya dapat menghubungi polis untuk mendapat bantuan.
Bila polis/penyelamat datang..ambil masa setengah jam untuk naik ke kawasan perkemahan dengan kenderaan..dan satu jam lagi untuk naik kepuncak bukit dengan berjalan kaki..lebihkurang pukul 6 petang baru sampai ketempat kejadian.Pihak polis/penyelamat hanya meninjau2 sahaja dikawasan itu..mengharap kut2 dia akan timbul atau tersadai di mana2.Oleh kerana hari sudah gelap..takdapat nak buat apa2..kena tunggu esok pagi baru nak panggil pasukan penyelam/penyelamat.
12/1/09
Pukul 9 pagi..kami berlima menaiki kereta ke Bentong Pahang dan terus ke Perting Valley.Dari kaki bukit perjalanan mengambil masa lebih kurang setengah jam.Sampai sahaja dikawasan perkemahan lebihkurang jam11.00 lebih.Hajat hati nak menyertai/melihat sendiri bagaimana pasukan pencari/penyelamat beroperasi.Rupa2nya mereka telah pergi lebih awal..lebihkurang jam 10.00 pagi.Jadi kami hanya menunggu di kawasan perkemahan sahaja.Kesempatan ini..kita ambil peluang untuk berbual2 dengan petugas yang menunggu dikawasan perkemahan ini.Hasil perbualan ini..baru kita tahu..yang kawasan ini sangat merbahaya untuk bermandi manda/berkemping.Walaupun merbahaya..dan di letakan signboard mengatakan kawasan larangan..masih ramai orang yang berkunjung kesitu..dan dikatakan kawasan yang mempunyai pemandangan yang sangat cantik.Kerap berlaku kejadian lemas di situ..tapi tidak di rekodkan.Semenjak di rekodkan mulai tahun lepas..ini kejadian ketiga berlaku dan yang pertama tahun 2010.Kejadian2 lepas (yang tidak di rekodkan ) berlaku setiap bulan January dan Ogos.Tahun 2009 pun terjadi pada January dan ogos juga.Wallahuaklam.
Semasa pengecaman..Alhamdhulillah..arwah lengkap berpakaian kemeja-t lengan panjang, berseluar panjang dan bertudung litup dan kedudukan kaki dan tangan seperti sedang solat..walau tangan agak renggang sikit.Walaupun sudah terendam 24 jam..kulit masih kekuningan..dan dahi masih berdarah ( mungkin terantuk batu atau akar kayu masa dalam pusaran air terjun.Perut pun tidak kembong.Semuanya elok..takde cacat celanya.Arwah terjatuh jam 12.30 tengahari dan di jumpai semula pun jam 12.30 tengahari.Semasa ditemui arwah tersangkut dicelah akar kayu.

Semuga rohnya di cucuri rahmat dan di masukan kedalam gulungan orang-orang yang soleh dan solehah.Alfatihah...




Operasi hari pertama


secekal-cekal lelaki..perasaan sedih dan hiba tetap tak dapat di kawal

petugas membuat catitan..bila oerasi dah selesai

Adik kita seorang yang sabar dan tabah..dia boleh berjalan sendiri menuju kejenazah yang baru sampai di usung turun dari bukit

bila dah dekat..dah tak boleh tahan..kita pun tak sedar..antara ye dan tidak tangan ini menekan punat kamera..lepas ni..

...ini..

..ini..kita pun dah hampir rebah bersama adik kita..dan takde gambar lagi di ambik..
bila pengecaman di buat..adik kita meraung sekuat hati..melepaskan perasaannya..

...sementara menunggu pakar forensik,doktor nak boat postmortem..


cuba klik sini

2 comments :

  1. salam kak yon...
    takziah buat adik kak yon dan seluruh ahli keluarga kak yon kerana kehilangan insan tersyang..semuga allah mencucuri rahmat keatas aruah dan di tempatkan di kalangan org2 yg beriman...semuga yg tinggal tabah meneruskan kesinambungan hidup tampa kehadirannya di sisi lagi...

    ReplyDelete
  2. w'salam lina..
    terimakasih atas ucapan lina.Alhamdhulillah..keluarga semua redha dengan pemergianya.Semasa hayatnya dia seorang anak yang taat dan sangat berbakti.periang dan ramai kawan.

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...