*

Friday, 1 January 2010

selamat menyambut tahun baru 2010

Assalamu'alaikum dan selamat malam teman-teman semua. Lama kita tak mengupdate rumah maya kita ni..ashik sibuk aja..tiada berkesempatan untuk berblog.
Malam ni rasa lapang dada nak menaip sesuatu kat sini. Apa yang nak di taip ye?.takde cerita apa pun yang menarik untuk di kongsi bersama. Saja nak menghilangkan rasa bosan duduk di rumah ni..

Tinggal beberapa minit lagi tahun 2009 akan meninggalkan kita..dan tahun baru muncul lagi. Begitulah rutin kehidupan kita di dunia ini. Tahun berganti tahun..umur pun semangkin meningkat..kehidupan pun semangkin sepi.
Kalau dulu-dulu..kita ghairah membawa anak-anak, masa diaorang masih kecil lagi..menonton perarakan atau bunga api, setiap kali sempena menyambut tahun baru..sekarang ni..bila kita dah berusia begini sudah tiada apa-apa makna bagi kita semua tu.Tiada keghairahan kearah itu..yang bertukar hanyalah satu angka..dan semuanya hanya tinggal kenangan..

Malam ni papa pergi jemputan kenduri. Seorang kawan membuat majlis doa selamat dan kesyukuran sempena tahun baru..dan perniagaannya suksus pada tahun lepas. Oya kerumah kawannya..menyambut tahun baru bersama kawan-kawannya lah tu. Ai pulak kat bilik..berenternet saja..ekeke.Takde sape2 nak layan berborak ngan kita. Nasib baik dalam dok menaip2 ni ada pulak kastemer sms, tanya2 nak beli barang. Alhamdhulillah rezeki tahun baru..
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU..

2 comments :

  1. Kakrose...selamat tahun baru..Semoga dirahmati Allah sentiasa

    ReplyDelete
  2. Selamat tahun baru untuk Tirana sekeluarga..semuga Tirana bahagia bersama keluarga..dan di rahmati Allah sentiasa

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..