*

Wednesday, 30 December 2009

selar masak kicap,sotong goreng tempura,sayur campur

No comments :
Sepanjang minggu ni Oya cuti...nak habiskan cuti tahunan..bersambung ngan cuti awal tahun baru.Ada ramai kat rumah ni..seronok masak..sebab ada orang nak makan.Kadang-kadang cucu pun datang.Dia tak nak duduk di taska..bosan katanya.Makan ramai-ramai kan sedap..walaupun lauknya tak seberapa.Kalau dah ramai-ramai tu..buat cekodok manis pun boleh habis satu talam..


~ ikan selar ni..kakyon biasanya suka masak kari,masak tauchu,goreng berlada/sambal dan masak kicap ~
~ sotong goreng tempura..kalau tepung tempura takde..tepung gandum campur tepung beras pun jadi..hehe ~

~ kakyon dah biasa kalau goreng sayur pakai perencah ikan bilis atau sotong..ada anak yang alergik tak boleh makan udang.Sekarang ni tak payah susah-susah nak tumbuk ikan bilis buat perencah..pakai aje pati ikan bilis..semuanya senag dan mudahkan ~

Tuesday, 29 December 2009

cencaru bakar air asam,pucuk paku masak lemak

No comments :
Menu hari ni..
pucuk paku masak lemak..ni feveret my hubie


Tak tau apa nama sayur ni dan macamana nak masak.Beli di Cameron Higland.Tumis bawang putih dan cili bengala dan taruk sos tiram..sedap jugak..yummy..

Sunday, 27 December 2009

Sardin masak asam

No comments :
Assalamu'alaikum teman-teman semua..
Dengan tersiarnya blog masak-masak kakyon ni..tujuanya nak berkongsi idea masak-memasak aje.Kalau tak ada resepinya..tengok-tengok gambar pun boleh jugak kan..buat cuci-cuci mata dan membuka selera.Kut-kut lah berselera..kalau tak tengok-tengok saja ler...hehehheh...
Pembuka acara..masak sardin aje...
Sebenarnya dah kepenatan..baru balik dari Cameron Highland.Malas nak menunggu ikan yang keras dalam petiais jadi lembut..masak ajelah sardin yg ada dalam gerobok stok makanan tu..

1 tin sardin kecil - cap ayam
1 labu bawang besar
1 ulas bawang putih
1 btg serai
1/2 inc halia
6-10 biji cili api - belah dua
1 biji tomato - belah enam
sebesar ibu jari asam jawa

Semua bahan-bahan di hiris halus dan tumis hingga wangi( minyak lebihkan sikit )masukan ikan sardin saje dan goreng.bila ikan dah agak sedikit gareng baru masukan sos dan tumis lagi.masukan air asam jawa dan tomato..masukan garam secukup rasa.

Tuesday, 22 December 2009

bunga rose di laman yang terbiar

2 comments :
Sudah agak lama juga kita tak membuat n3 diblog ni. Bukan takde apa2 cerita yang nak di kongsi, tapi di sebabkan tiada kecukupan masa..segala cerita yang nak di kongsi lupa begitu saja. Maklumlah. kalau dah menghadap cik lappy ni.. bukannya cukup seminit dua..tak sah kalau tak sejam dua...

Malam ni rasa nak menepek gambo pulak. Petang tadi sempat ambik gambo bunga rose di laman rumah lama yang terbiar..kesian dia..walau pun terbiar..ia tetap berbakti..sebagai penyeri dihalaman rumah ku yang terbiar sepi...


~ kesian pokok bunga kemboja ni..daun dah habis togel..tapi masih berbunga ~

Monday, 14 December 2009

menu semalam dan hari ini..

4 comments :
Selamat pagi dan selamat sejahtera buat teman-teman bloger yang tidak pernah jemu mengunjungi laman kita yang tak seberapa..

Tidak ada stori yang menarik nak di kongsi..kita upload aje gambar menu kita masak semalam dan kari ini..

~ sup tulang untuk menu semalam ~


Semalam teringin nak makan daging bakar/salai cicah air asam dan sos lada hitam.Buat banyak pulak...yang makan 4 orang aje.So ada lebih lagi.Hari ini kita masak lemak bubuh cili api..jadi pulak macam masak lemak berempah..

Friday, 11 December 2009

bekpes hari ni...

No comments :
Salam dan selamat pagi jumaat buat teman pengunjung semua..

~ Bekpes pagi ni..sandwich telor aje ~

~ siap2 masak untuk desert nanti..ubi gula melaka..heheh peberet papalah~


~ tepek gambar lepas..puding yogurt mangga ~

Wednesday, 9 December 2009

Kueh Rengas

No comments :
Salam..ini kueh rengas yang kita buat makan bekpes pagi tadi.Jadilah..itu rezeki pagi ni..Alhamdhulillah..


Tumpang semangkok

2 comments :

Salam semua teman-teman dan pengunjung yang di sayangi..
Sudah beberapa hari nak buat N3 ni..tapi tertanggoh.Tengah dok pikiaq2 nak wat ke tidak.last2 wat jugaklah..saja2 nak mencapop hehehe...( mencari popularlah..)adalah ceritanya sikit kat sini..


Tuesday, 8 December 2009

Sarapan merangkap makan tengahari

6 comments :
N3 hari ni..
Menu hari ini..masak pun dah pukul 11.00am..jawabnya sarapan pagi, merangkap makan tengaharilah..

Sunday, 6 December 2009

Jumpa teman semasa haji

No comments :
Salam buat teman bloger semua yang sentiasa sudi membaca coretan dan celoteh kita..
Sudah makan malam? kalau tengah makan..selamat menjamu selera di samping keluarga tercinta ye,atau pun ada yang tengah berkemas2..maklumlah esok hari isnin..minggu berkerja pun bermula..anak2 pun cuti sekolah.Untung kalau yang masih ada emak yang boleh tolong jagakan anak2 waktu musim cuti sekolah ni.Musim cuti sekolah ni..sama pulak dengan musim orang balik haji.Tentu lebih meriah suasananya...menunggu kepulangan sanak saudara yang baru pulang dari mengerjakan haji.
Cerita pasal haji ni..teringat kita masa mengerjakan haji pada tahun 2005-2006..bunyinya macam 2 tahun,sebenarnya 44 hari aje..dec 2005 - feb 2006.Tak dapat nak bayangkan perasaan kita masa tu..teruja sangat.Rasa takut bercampur gembira,gementar dan rasa berduka..semua ada.Kerana tuntutan rukun islam kelima..kita dan papa pasrah dan menyerahkan segalanya kepada yang Esa.
Alhamdhulillah..segalanya di permudahkan buat kami suami isteri.Semuanya berjalan lancar seperti yang kami inginkan.Kami pergi mengunakan perkhidmatan pakej Tabung Haji..dengan nama 'package firdaus'.tinggal di hotel Firdaus Mekkah..KT 75..Maktab 103..3-4 orang sebilik..jarak anggaran 80 meter saja dari masjidil haram..
Alhamdhulillah..kami juga diberi teman-teman sebilik yang saling memahami..seperti satu keluarga.Tanpa ada sedikit masalah pun..masing-masing tahu peranan masing-masing.Ada kala kami bergurau senda..ada ketikanya kami diam saja..melayan perasaan memasing..pendek kata..tak banyak kerenahlah..masing-masing macam dah tahu susunan jadual..seperti siapa nak kebilik air dulu..siapa nak basuh baju dulu..saling ingat mengingati.Paling seronok..bila waktu makan..selepas solat.Didewan makan..kami boleh berbual apa saja..termasuk isu-isu terhangat di M'sia waktu itu.Ada satu hari tu..kebetulan Dato' Sharizat Abd.Jalil makan di meja yang sama dengan kita..kami melihat di luar cermin dewan makan yang menghadap masjid dan jalan raya..ternampak sebuah van yang lalu..penuh dengan muatan manusia..sampai kebumbung.Papa sengaja melawak pada dato' Sharizat..kan bagus dato'..kalau kerajaan M'sia mengeluarkan lesen teksi/van yang tiada had penumpang..boleh bawak penumpang sampai naik kebumbung..tak banyak pakai kenderaan...takdelah masaalah trafik jem..hehehe..kami berderai ketawa.Dato' Sharizat seorang yang humbble.Seronoknya waktu itu..kita rindukan suasana seperti itu lagi.

******
Untuk N3 malam ni..kita baru balik dari menghadiri majlis perkahwinan anak teman sebilik kita semasa di Madinah..Hajah Salmah dan Haji Hasan di Sungai Besar Selangor.Kita janji dengan teman sebilik yang lebih rapat..Datin Sharifah...nak konvoy sesama.Seronok dapat jumpa semula teman-teman haji kita.Ingatkan dapat berjumpa dengan teman-teman yang lain..rupanya diaorang dah datang lebih awal..takde rezeki nak jumpa..insyaallah ada rezeki..pasti jumpa..

~ jejaka malaya..hehehe.cerianya mereka bertiga..yg kiri Hj. Hasan..yg kanan Dato' Zainal ~

~ belum posing betul2..dah tangkap..tu yang gambo kita tak cantik..kahkahkah..memang tak cantik pun..hihi.belah kiri Hjh Datin Sharifah..belah kanan Hjh Salmah,
kami sebilik semasa di Madinah~
gambar2 ni terpaksa di corpkan..malu nak tunjuk..sembang punya sembang..tak sedar pinggan penuh atas meja..hehehe..

~ gambar ni baru di kirim olih Hj Dato' Zainol..Gambar kenangan masa tengah sarapan di madinah ~
masa itu..tak terfikir hendak bergambar banyak waktu di Mekkah dan Madinah..sedangkan henpon pun ada camera..

Friday, 4 December 2009

Rezeki hari jumaat

No comments :
Alhamdhulillah..rezeki hari jumaat..
Pagi tadi papa balik dari rumah lama..bawak acar buah..Raja Azizah yang bagi..katanya.Kita dok fikir..nak makan dengan apa ye..takde nasi minyaknya.Simpan dululah..minggu depan boleh masak nasi minyak ke..nasi tomato ke..
Alih2 petang ni bila papa balik..bawak pulak nasi udang ngan lauknya sekali..Illa yang masak.Alhamdhulillah..tak payah masak untuk malam ni..lagipun malam ni...kita makan berdua aje...


~ acar buah dari Raja Azizah..sebenarnya suaminya yang masak..En.Taib ~


~ nasi udang ngan lauknya sekali..masakan illa..nyum..nyummy..sedaplah illa..nanti masak kat rumah mama ye..heheh ~

Sarapan pagi..

No comments :
Assalamu'alaikum dan selamat pagi buat teman-teman pengunjung semua.Semuga di pagi jumaat ini akan memberikan keberkatan,kebahagian,kemakmuran buat kita sekeluarga..dan di murahkan rezeki yang melimpah ruah..serta di beri kesihatan yang baik..insya-allah...amiiinnn

N3 pagi ni..sarapan pagi..goreng pisang tanduk jer..biskut lutut..kopi panas..kopi 434 lah..kaw..kaw..gitu..
Kita jumpa lagi nanti ye..hujung minggu ni duduk kat rumah lama..sibuk dengan aktiviti marhaban..hari minggu pulak jemputan kenduri kawin banyak.Biasalah cuti sekolah...

~ sarapan pagi takyah berat2 ek..cukuplah tu..nanti makan tengahhari ambik yang berat pulak ~



~ silalah duduk..kita bersila kat bawah aje..nanti kita ambik cawan lagi ek..hehheh ~

Thursday, 3 December 2009

ikan merah masak rasem

No comments :
Selamat malam teman bloger semua...
N3 masakan kita hari ini..ikan merah masak rasem.Masakan ini kita belajar dari sepupu papa.Asalnya masakan ni hanya kuah saja ( masakan india )takde ikannya..Tapi sepupu papa mengolahnya dengan menambah ikan.

- sekeping ikan merah.. goreng seperti biasa.
- 2 ulas bawang kecil..1 ulas bawangputih..tumbuk separuh lumat.
- sedikit jintan manis..jintan putih..biji sawi
- beberapa tangkai lada kering
- 1 labu bawang besar
- air asam jawa secukupnya
Tumis semua bawang sampai wangi..masukan semua jintan..biji sawi..lada kering..tumis sampai garing sikit...masukan air asam jawa.Biar mendidih..baru masukan ikan dan bawang yang di potong bulat..Garam dan juga aji secukup rasa.Senang aje kan..main campak-campak aje..hehe

Harap teman2 sudi mencubanya..jumpa lagi ke menu seterusnya..salam malam jumaat

~ kita masak ni tak taruk biji sawi pun..sebab dah habis ~



~ ulam pegaga dan daun cekor..sambal belacan belum siap bancuh ~

Burung kakak tua yang gatal

2 comments :
Salam n selamat malan teman-teman pengunjung semua..
Semalam masuk blog fawa..terbaca cerita fawa ni..gelihati sangat..terus mintak izin C&P kat blog kita.Terimakasih banyak-banyak fawa..

Jumaat, November 27, 2009
Burung Kakak tua yang gatal (FOR FUN ONLY...)

SEKADAR LEPASKAN TENSION KERJA....GELAK SKIT SKIT JER JGN LEBIH LEBIH
SANGAT TAU!!!!!

Ada seekor burung kakak tua yang sangat cerdik dan mempunyai pandangan
mata yang sangat tajam sehingga boleh menembusi apa-apa halangan yang
menutup matanya (Transparent le tu...)

Setiap pagi burung ini akan bertenggek di dalam sangkarnya yang tergantung
di tingkap. Rumah tuan punye burung ni terletak di antara sekolah rendah
dan kuaters guru

Setiap pagi ada 3 orang cikgu melintas di hadapan rumah tuan punye burung
ni dari sekolah ke kuaters guru, oleh itu hari-hari lah burung ni perhati
3 orang cikgu yang bertutup litup tuh ke hulu ke hilir... ke hulu, ke
hilir......

Setiap hari burung ni tengok cikgu-cikgu tu atas bawah, atas bawah.. Bila
dia boring dia menyanyi-nyanyi. ... tak pun, dia akan baca skrip cerita
sembilu 2... lama-lama makin boring pulak... so dia ternampak le si
cikgu-cikgu tu berderet jalan slow-slow nak pergi ke sekolah

Burung ni pun kuyu-kuyukan mata dia...then tonyoh tonyoh sikit mata
dia...dah tu dia kibas-kibas kan kepak dia...pas tu dia jerit kuat-kuat...
.

"BELANG!! PUTIH!! BIRU!!!"

Cikgu-cikgu tadi sama-sama menoleh ke arah burung tu dan pandang ke depan
semula. Mereka jalan cepat-cepat. .. Sampai di sekolah mereka cuma saling
pandang memandang... ..

Keesokan harinya cikgu-cikgu tu pun macam biasa lalu depan burung tu lagi.
Bila balik ke rumah kuaters guru, burung tu buat dek je... bila time cikgu
ni nak ke sekolah, burung tu jerit lagi.......

"PUTIH!!! BUNGA-BUNGA! !! PINK!!!"

Cikgu-cikgu tu terkejut dog... dan berjalan cepat-cepat lagi... sampai di
sekolah depa pun tanya sesama depa.....cikgu pertama bercakap "camna
burung kakak tua tu tau warna sepender yang kita pakai?" Cikgu kedua
menjawab "Tak tau pulak .... ahli sihir ke apa ntah....." .

Cikgu ketiga mencelah "Alah ..kebetulan je agaknyer.... . tak pe, kita
tengok besok pulak camana..."

Keesokan hari nya macam biasa... pagi-pagi cikgu-cikgu tu lalu depan rumah
burung tu.... burung tengah bersenam memusing-musingkan kepaknya 360
darjah....... .."Iyah! iyah! lapan lapan lagi... satu...dua.. ." dan
seterusnya.

Bila time cikgu ni nak ke sekolah, lalu lagi depan burung.... Burung pun
tengok.... dia jerit lagi..

KELABU!! HIJAU!! PURPLE!!"

Cikgu-cikgu berlari-lari anak tanpa menoleh ke kiri dan ke kanan. Setiba
di sekolah guru mereka berbicara lagi...Cikgu pertama "Memang betul apa
yang burung tu cakap.... heh, apa nak buat hah?". Cikgu kedua "Kita mesti
buat something untuk uji burung tu...".Cikgu ketiga...."Aku tau... apa
kata esok kita semua pakai color hitam". "Okey...Set! !!!!" balas
depa.....

Keesokan harinya..... .sama juga.... bila time ke sekolah, burung tu jerit
lagi...

HITAM!!HITAM! !!HITAM!! !!"

Cikgu-cikgu tu berlari anak lagi....di sekolah mereka berbincang.. ..
cikgi pertama "Nampak nya burung tu mempunyai pandangan mata yang
transparent. .." . Cikgu kedua "Atau pun dia cuma boleh kenal warna....".
Cikgu ketiga..."Betul tu, mungkin dia dah di latih untuk meneka warna,
tapi tidak dilatih untuk meneka bentuk. Kengkawan, apa kata esok kita
jangan pakai sepender langsung."

"Orait!! Set!!" depa jawab.

Keesokan hari nya, lagi sekali macam biasa Di waktu pagi burung buat dek
je.... bila time cikgu-cikgu tu nak ke sekolah, burung tu tengok.....
ditenungnye lama-lama... cikgu-cikgu tu mula tersenyum dan jalan
slow-slow... ...sambil toleh-toleh kat burung tu...burung tu tengok
lagi..... dia naik-naikkan mata macam Ziana Zain gitu....dah tu pusing
belakang.... dia tengok lagi dengan cara menonggeng.. ...dah tu dia pandang
ke depan balik.... dia garu-garu kepala...dah tu usap-usap dagu.....dia
cekak pinggang.... . dah tu burung tu pegang dagu lagi...pastu dia
senyum......dia jerit lagi kuat kali ni...

"LURUS!!! LURUS!! KERINTING!!! !!!!!!!!! !!!!!!!!! !!!!!!!!! !!!!!!!!! "

Cikgu-cikgu ni terus lari sampai tak cukup tanah gamak nyer.....

Wednesday, 2 December 2009

rendang ala2 masak lemak cili api

4 comments :
Yang ni lauk masak petang tadi..untuk makan malam.Ayam masak rendang ala2 masak lemak cili padi..panjangnya nama..hehehe

Agak2 sekor ayam..segengam cili api..2 labu besar bawang besar..2 inci halia..7 batang serai..1 inci kunyit hidup..kalau takde, kunyit serbuk pun boleh..semua di blender lumat.Masuk semua bahan2 dan ayam dalam kuali..tarok sekeping asam keping..garam dan santan kedalam kuali.santan dari 2 biji kelapa..agak2 paras ayam boleh tengelam aje..masak sampai kering macam rendang..sebelum kering masukan daun kunyit yang dipotong halus2.

~ Dah tinggal koret-koret baru nak ambik gambo ~

puding keremel sagu dan buahan

No comments :
Terlebih rajin ni..alang2 dah menghadap lappy ni..kita masukan jugak menu kita minggu lepas.

Tepong Gomak

4 comments :
Hari ni rajin nak buat kueh tepung gomak..pastu wat n3 sekali..
Kueh tepung gomak ni rasanya popular kat negeri Johor aje..walaupun ada juga di negeri2 lain, yang biasa ngan kueh ni..mungkin sebutan nya lain.
Nak kata kita suka sangat dengan kueh ni pun.. tidak juga..tapi kalau ada kita makan.Nak beli memang takde jual kat mana2 gerai..kecuali bulan puasa...kekadang aje ada..
Jom layanlah gambo yang kita tangkap..ada juga yang cucu kita tangkap..hari ini dia ada kat rumah ni..heeh...


~ mula2 goreng kacang hijau..agak2 kuning.pastu blender kering dan ayak~





~ rebus kacang hijau,gula dan garam sikit..atau kelapa parut..buat macam inti kueh rengas ~


~ tepung pulut dan sedikit ubi keledek lecek..tujuan supaya tepung tak liat sangat bila di gigit..kalau pakai gigi pelesu jauhkan lah ye..heheh ~


~ dah gentel2 macam buat buah melaka tu..rebus dalam air mendidih..air rebusan bubuh garam sikit..nanti tepungnya taklah tawar hebeh..adalah lemak2 sikit..heheh ~


~ dah masak..gaul atas serbuk kacang ~


~ angkat dan penyekkan pakai sudu tau ~


~ sedia untuk di mamam ~

cuti sekolah

No comments :
Salam sejahtera pengunjung semua..semuga kita semua dalam perlindungan Allah hendaknya..
Hari ini cucu sulong kita Dhani..duduk kat rumah kita...cuti sekolah ni dia tak mahu duduk kat taska.So apa aktiviti dia..main game ajelah..

bila kita tengok dia  macam boring aje..kita ajak dia tengok blog kita..Wahhh  bukan main seronok dia. Dia pulak minta kita ajar dia macam mana nak belek2 leppy ni..kita pun ajar dia sikit2..tapi cepat pandai dia ni..

busannya cuti sekolah ni.
tadi wan ajak kita pergi .my mydin  jadi kita pun ikut lah..kita beli susu nak makan dengan koko krunch itu lah cerita nya..