*

Monday, 26 October 2009

Besday Oya

No comments :
Semalam anak-anak datang rumah..cam biasalah..kalau dah kumpul ramai-ramai..ada acara makan-makan.kita masak soto..nasi impit..masak sambal kacang..Illa bawak ayam masak merah.Makan ramai-ramai.
Petang Ateh balik dari ofis..bawak balik kek untuk Oya.Besday oya 20hb aritu..Takpe lah Oya..lambat sikit..at least..ada jugak abang yang sayang..belikan adik kek ek..heheh



~ affan ni ..semua orang nyanyi lagu epy beday..affan sorang pulak nyanyi sendiri..heheh ~
~Kek aiskrim  ni.. ateh simpan dlm peti sejuk beku..bila nak potong dah jadi keras macam batu..anak-anak sedara dah tak sabo menunggu.. nak nyummm..nyumm..~
~ ucapan selamat..dari ibu..eeee..gedabak nya tangan aku..hihihi ~

patchwok

No comments :
Semalam Illa ajak kita ziarah ke rumah kakak iparnya..Puan Rozie..di bandar Sri Damansara.Aduhai..cantikya rumah dia.Oleh kerana dia tinggal lama di Pekhancis ..gaya hiasan dan keemesan rumahnya pun ala-ala orang pekhancis..
Puan rozie ni rajin menjahit patchwok..banyak sunggoh koleksi dia..chantik-chantik..dari sekecil placemat..sampai sebesar cadar semuanya di jahit tangan. Kagum sunggoh kita, dengan kerajinan dan kesunggohan dia menjahit dan senitangannya yang halus.Tabik spring betul kita kat dia.ada banyak gambo yang kita ambik..tapi tunjuk sikit aja ye..yang lain untuk simpanan sendiri..manalah tau..sok2 kalau nak buat ..boleh buat rujukan..



~ yang ni..kita suka sangat..sejuk aje mata memandang ~


~ Yang ni..kata rozie hadiah dari kawan dia..placemat yang di jahit tangan sepenuhnya..placemat ni sangat praktikal..kata rozie..buatlah lapik apapun..kalau kotor senang nak basuh..

Sunday, 25 October 2009

Pyrex lutsinar

No comments :

Wexford lagi....

No comments :

Saturday, 24 October 2009

corelle

2 comments :


Friday, 23 October 2009

Bekas kueh raya

No comments :
Bekas kueh raya ni..rasanya keluaran akopal..tak ingat dah.Takde cop pulak..yang ada cuma tulisan FRANCE.


Pinggan ni dapat percuma dari colgate kut..sbb ada cop colgate.Cantik pulak..gambo bunga rose lagi..hehehe..

Wexford

2 comments :
Suka tengok bekas-bekas kueh ni.Selepas di cuci..memancor-mancor kilauan cahayanya.Raya tahun ni kita pakai balik bekas kueh ni.Kalau tak tersepuk aja kat dalam lemari kabinet kita.

Majlis Khatam Quran

No comments :
Salam semua..n3 lari sikit dari yg kita war-warkan.
majlis ni..di rumah Puan Aida dan Cikgu Zul..sempena keberangkatan mereka ke tanah suci Mekah untuk menunaikan haji.Kebetulan Aida dan dua orang kawan kami..sama-sama telah khatam Quran.Ustaz kami menyarankan..diadakan sekali majlis khatam quran pada malam itu.Majlis berlangsung..dalam suasana tenang sekali..dan ramai tetamu yang hadir.
Buat pengetahuan kawan semua..kami telah berguru mengaji alQuran secara sanat.Maksudnya..kami belajar mengaji..secara berguru..dari mula sampai habis...dengan satu guru aje.Guru kami( Ustaz Imam Sauqi )pulak berguru dengan anak murid ( tak tahu nama dia ) kepada Ustaz Hassan Azhari.Jadi..bila kami dah Khatam nanti..kami boleh mengajar secara sanat..dan mengikut cara guru kami mengajar..dan mendapat surat tauliah dari Ustaz Hassan Azhari sendiri..
Mengaji secara sanat ni..makan masa bertahun-tahun.Maklumlah nak betulkan makhraj,hukum tajwid dan banyak lagi.Ada yang sampai 7-8 tahun baru khatam.Kita dah ikuti selama hampir 4 tahun..baru dapat beberapa juzuk saja ( banyak ponteng kelas )
Ini dah tahun ketiga..kami mengadakan majlis ni.

~ hajjah Cik Yah..puan Aida..hajjah Hapipah..orang yang di raikan ~


Add caption
~ bergambar kenangan..bersama Ustaz Imam Sauqi ~
Add caption

Teko Lama

5 comments :
Selamat pagi semua.N3 pagi ni..nak tunjuk teko kita yang ada beberapa ketol aje.Nak juga mencari beberapa ketol lagi yg jenis lain ..tapi belum ada rezeki lagi..huhu

Pinggan Lama

3 comments :
Set hidangan ni kawan kita 'SUKMA" yang hadiahkan kepada kita..sempena harijadi kita ke berapa ye? tak ingat dah. Itu masa muda-muda dulu..semasa kami jadi sahabat baik.Setiap tahun kami bertukar-tukar hadiah. Bila dia pindah..kami dah jarang berhubung. Hanya bila ada majlis tertentu seperti kenduri kawin..khatam quran..marhaban..baru kami dapat berjumpa.Perhubungan kami tetap mesra seperti dulu..

piring dodol pulak..

1 comment :
Piring dodol ni..ada dalam simpanan emak.Ada banyak jugak.Tak pasti..samada emak yang punya.atau arwah nenek kita yang punya.Masa kita tolong emak kemaskan lemari pinggan mangkok dia..kita puji2 kata piring ni cantik. Emak kata..kalau kau nak ambiklah! apa lagi kita pun sauklah 2 bijik setiap satu kaler...hihihi

Thursday, 22 October 2009

Koleksi Pinggan Lama

2 comments :
Selamat tengah hari kawan-kawan maya dan pengunjung semua..yang selalu sudi ziarah kerumah maya kakak ni.Semuga kalian semua..di rahmati Allah..Amiin..
Mulai hari ini..kita nak buat n3 pasal pinggan mangkok yang ada dalam simpanan kita.Tak kiralah..samada dia dah antik ke..atau masih baru ke..kita masukkan sekali.Boleh buat rujukan..dimasa akan datang..manalah tau kut2..tetiba hilang dalam simpanan..boleh ingat balik apa yang kita ada.Kita buat ni melalui pengalaman..banyak pinggan mangkok kita yang hilang..maklum..bila kenduri kendara..ada orang yang bawak balik makanan..tanpa pengetahuan kita ( kat rumh lamalah ni )pastu tak pulangkan.Nak kata pecah..jarang org dalam rumah ni nak pecahkan pinggan mangkok.
Seingat kita..memula kawin dulu..tahun 70an..set pinggan pertama yg kita beli ialah jenama DURALEX.masih ada lagi..tapi tak cukup korumlah.set BUNGA KANGKONG( bayar hutang )ambik kat kedai apek..yang ni hantar ke kampung..bagi mak..tapi sekarang ni dah sapan..hehehe
Nnti kemas2 boleh snap gambo

Set keduanya..mengumpul set FYREX JUNE ROSE, WEXFORD..main kutu2..dan ada yang bayar secara ansuran.cukup satu set complete.

Set ketiga..set corelle bunga sayur..
Set ni beli ngan sepupu kita yang baru balik dari belajar kat UK.Kebetulan dia beli lebih..jual kat kita satu set.Masa tu takde lagi kat pasaran M'sia.Sekarang ni dah melambak2..orang pun dah tak nak beli..yang tiruan pun banyak..hehehe
Corelle bunga hijau kecik2 pun beli dengan dia..
Akhir tahun 80an..kita mula mengumpul pinggan mangkok balik.jenama seperti acopal, acoroc,melamin bermacam2 corak..memenuhi almari dapur.Oleh kerana asik pindah randah aje..banyak yang hantar kekampung..ada yg hilang dlm simpanan..

Sekarang ni teruja pulak nak kumpul pingan lama..macam kawan-kawan kat maya ni.Setakat ni.. ini saja yang ada dalam simpanan kita..harap-harap lain kali dapat kolek lain-lain bunga pulak...hehehe

Sunday, 18 October 2009

Megat Sri Rama

No comments :


N3yang ni pulak nak cerita pasal..kisah pak sedara papa yang datang beraya rumah kita hari tu.seronok berborak..macam-macam cerita keluar.Last2 sekali..pak sedara papa cerita kisah salasilah dia.. asalnya dari keturunan MEGAT SRI RAMA. Kita suka nak ambik tahu..tu yang banyak tanya.Papa kata ..wat apa nak ambik tahu..MEGAT SRI RAMA tu bukan orang baik.Pada kita..baik ke tidak ke..ia dah jadi sejarah.Sebagai keturunannya..kita tak boleh lari dari kenyatan.

Pak sedara papa tu jatuh keturunan yg ke 8..jadi papa ni keturunan ke9...anak kita ke10 dan cucu kita ke11.Pak sedara papa ni rajin mencari sedara mara..tu yang terjumpa salasilah keluarga.Dia mendengar cerita ni..dari datuk dia..masa tu dia kecik lagi.datuk dia pulak..dengar cerita dari sedaramara yang bersembang-sembang ..mengatakan yg mereka malu nak mengaku mereka dari keturunan megat sri rama.

Buat Lontong

8 comments :
Selamat malam kawan-kawan dan pengunjung yang rajin berkunjung kerumah maya kita ni..
Malam ni saja mengrajinkan diri buat n3.Malam ni nak cerita pasal lontong..sejenis makanan yang popular jugak.Masa kita duk kampung dulu ( johor )..tak pernah makan makanan ni..bila dah berhijrah ke Selangor ni..baru tahu makan makanan ni.Makanan ni biasanya di hidangkan bersama kuah lodeh..ada juga yang memanggilnya sebagai kuah lontong ( pada kita kuah lodeh tu..bahannya tiada campuran sayur-sayuran..kuah lontong harus ada sayuran seperti kobis,kacang panjang atau boncis,carrot atau apa-apalah sayur yang boleh ditambah )
Nak tahu tak macam mana lontong-lontong ini dibuat? jom kita belek-belek gambo ni..


~ mula-mula ambik daun pisang abu ( katanya..daun ni aje yg akan mengeluarkan aroma yg harum dan warna nya cantik..kalau daun lain dia akan lebam ) gulung jadikan kelonsong..sebaiknya gunakan satu sukatan saja..supaya dapat size yg sama ~

~ ikat hujung daun dengan getah atau tali rapia pun bolih ~

~ beras di basuh dulu..dan toskan..isi kelonsong daun pisang dangan beras..isi 2/3 saja..pastu ikat hujung daun ~

~ sebelum rebus..alas periuk dengan reja-reja daun supaya..masa merebus nanti.. kemungkinan beras terburai dari ikatan..beras boleh jadi hangus..nanti bau hangit pulak lontong tu ~

~ susun dalam periuk..rebus selama 6 jam ~

 ~ selepas 6 jam di rebus..inilah hasilnya ~

Friday, 16 October 2009

Tiger Balm

No comments :


Kita nak cerita pasal tigerbalm ni pulak..mak kita sejak dulu-dulu lagi gunakan tigerbalm ni sebagai teman peribadi nya.Kemana aje pergi pasti dibawanya bendalah ni...sampaikan anak cucu pun di bekalkan sorang satu.Siap tunjuk cara dan untuk apa kegunaannya. Mula-mula dulu kita tak ambil pusing..benda-benda macam ni..maklumlah orang muda..kan lebih percaya ubat-ubat modern.Apa yang mak sarankan buat taktau aje.
Masa kita pergi Mekah dulu..mengerjakan haji..mak bekalkan lagi tigerbalm ni..pesan dia..kalau lengoh-lengoh kaki ke..batukke..apa-apalah yang berkaitan dengan sakit-sakit luaran ni ..sapu aje tigerbalm ni..insyaallah elok..katanya..

Memang betul kata mak..sepanjang kita mengerjakan haji..tigerbalm ni banyak membantu.Dengan kuasa Allah..takde masaalah lengoh-lengoh kaki..atau batuk-batuk.Didalam masjid..di Mekah ke..di Madinahke..ada jemaah haji yang datang dari negara Cina..sengaja menabur tigerbalm ni kearah jemaah yang duduk menunggu waktu solat..tujuan utk di sedekahkan kepada jemaah yang ada kat situ..tapi botolnya sangat kecik..sebesar ibu jari jer..kalaulah besarnya sebesar yang ada kat pasaran diM'sia ni...mahu bengkak kepala jemaah yang kena bendalah tu..heheheh...

Sejak tu kita dah biasa guna tigerbalm ni.Yang nampak kesan nya..kalau ada jerawat atau bisol..ambil sedikit kat ujung jari..tekap kat jerawat atau bisol..pastu tekan dan pusing-pusingkan jaritu beberapa kali..bukan sapu tau..nanti panas..dan kita juga  sapukan kat kawasan yang ada ketulan di payu dara..( dulu doktor kata kita ni ada simtom kanser..na'uzubillah.) sekarang..alhamdhulillah..ketulan dah mengecil..dan sebahagiannya dah hilang..
Kalau dulu..bila pergi memogram..banyak tompok-tompok hitam..doktor kata itu cecair dan lemak..tapi baru-baru ni pergi..doktor kata..ok clear..takde masaalah...
Siapa-siapa yang nak cuba tu..cuba lah ye..mana tau..dengan izin Allah..mujarab pulak.Kita cuma nak kongsi cerita  dan pengalaman kita aje...sayang semuanya dari kakrose.

Rose dan rose

No comments :
Salam pagi jumaat  kawan-kawan dan pengujung semua..Harap riang dan gembira bersama keluarga.
Hari ni nak mengisahkan pasal laman kita kat rumah lama yang terbio sendirian tanpa di pedulikan.
Macam biasa..pokok bunga kita ni.. kalau di belai-belai..tak mahu berbunga. Kalau di biokan dia berbunga pulak. Pokok-pokok ni kita tak bawak pindah..tak muat laman..laman rumah pun kecik aje. Lagi pun kita suka nak biokan laman kita lapang aje.

Kat rumah lama ni..pokok-pokok hidup sendiri..kebetulan hari-hari hujan..tak payahlah nak siram. Kalau tak hujan..harapkan papa aje yang tolong sirapkan..itupun kalau dia sempat. Sampaikan kadang-kadang..kalau kita kesana..pokok-pokok tu dah tercekik kehausan..dah terjerut urat merikhnya..hihihihi..

Semalam balik sana..tengok pokok rose kita dah kembang setaman..heheh..ada juga yang dah layu..hai rose..agaknya kau tak suka aku jaga kau elok-elok..elok aku biokan aje kau ni..bio kau jadi elok..nama kau pun sama ngan nama aku kan..jadi rose..kita jagalah diri memasing ye..heheheh..

Wednesday, 14 October 2009

Aiskrim Nangka

No comments :
Salam kawan-kawan semua.Harap semua ceria selalu.Ceria itu yang membuat kita rasa bahagia dan bahagia itu yang membuat kita rasa muda..tak ke gitu..
Kononnya ari ini.. hari nak bermalas-malas.Selepas penat ngan projek semalam..kononnya hari ni nak berehat-rehat pulak.tapi tak jadi..baru jap ni tadi..pak sedara papa kal kata nak datang malam ni.Nak masak ape pulak ek..datang malam ..kalau tak bagi makan tak patut pulak.takkan nak angkat kueh kering aje..Waduh duh..capek lagi gue..


Sebenarnya nak wat n3 pasal perkara kelakar ( kelakar ke idok ) berlaku malam tadi.Am datang bawak buah tangan..biasalah dia ni..dah jadi cam sedara. Dia terus bagi kat Anas sekotak aiskrim.Belum sempat cakap apa-apa..Anas ambik terus bawak kedapur..dan pelawa Dhani..abang nak makan aiskrim tak? Dhani pun jawab..nak!nak!sambil berlari mengejar papanya kedapur.Bila di bukaknya kotak aiskrim tu..alangkah kecewanya dua beranak ni..hihihi..isi dalam kotak tu rupanya buah nangka..yang mereka berdua tak berapa suka..hehehe..