*

Friday, 31 July 2009

Pecah

No comments :
Inilah ghupenya..rumah yang berselerak ngan barang barang hiasan + barang jualan..



Bila dah pindah randah...kalau takde yang pecah..rasanya macam tak sah..hehehe..
sebelum pindah..ada offer kat kawankawan yang datang rumah..beli ngan rega murah murah aje..banyak juga yg dah terjual..
Yang pecah pun ada juga..huhuh...tak dapek den nak selamatkan pinggan hiasan ni..bila plask air jatuh betul2 dalam pinggan yang bersusun tiga bijik ni..huhuhuh..

Koleksi Lama

No comments :

Ini antara koleksi lama kesayangan aku yang terperap dalam setor.Frame gambar ni aku beli awal tahun 80an.Bila pindah randah..barang2 ni tersimpan dalam kotak kat setor..lama2 lupa.


Bila pindah lagi..jumpa balik.Lepas ni tak tau nak buat ape.Simpan lagi kut..sampai reput...hehehe..


Tengok lah nanti..kalau ada kelapangan dan terlebih rajin..nak cat kaler putih..bagi dia berseri balik...

Wednesday, 29 July 2009

Pindah Rumah

2 comments :
Gambar lama sebagai hiasan aje....


Aduhai..letihnya...
Beberapa hari ni duk angkut barang2..pindahlah katakan..dari barang yang sekecil kecil..hingga barang yg besar..semua nak di angkut.
Anak2 semua kerja..hendak tak hendak..kita berdua ajelah yg buat.Buat sikit2 mana yg larat.Barang2 besar dah upah org angkut ke lori dan turunkan..tinggal yg kecik2 aje.
Pening kepala nak fikir mana nak letak brg hiasan yg cenonit2..pinggan mangkok..entah ape2 lah.Dah bawak ke rumah baru rasa semak pulak.

Monday, 27 July 2009

relexkan minda...

No comments :



Nak buat N3..tapi takde aktiviti..melainkan bab nak pindah rumah..boringlah pulak.
Dah penat kehulu kehilir..balik kerumah lama.. terperasan yg bunga ni..ape ke namanya..berbunga dengan lebatnya.Sukanya nengok..relex sekejap minda yang tengah berserabut kalut ni..hehehhe..
Selalunya bunga ni..kalau berbunga..takat..paling banyak pun..5-6 kuntum aje.Tapi kali ni..dia mabuk bunga giller..macam meraikan kegembiraan kita pindah rumah aje..

Thursday, 16 July 2009

3 column

No comments :

Setelah beberapa jam aku menghabiskan masa untuk mengupdated blog ini..ke 3 column..maka hari ini... baru aku berjaya melakukanya...yuuuhooo..pergh..berpeluh jugak...masih ada yg tak kena ni..cam tak centre aje..nnti godek2 lagi...heheh

Terimakasih ciklinn, yang menunjukan cara2 membuatnya.Tak rugi melawat2 ke blog kawan kawan..banyak maklumat yang kita dapat.

Ibarat kata " kalau kebaikkan yang kita cari..kebaikan juga yang kita dapat " dan
" kalau keburukan yang dicari....maka keburukanlah yang kita dapat "

Friday, 10 July 2009

pindah barang

No comments :

Dah beberapa hari ni duk pindah barang yg kecik2 dulu.kipas,lampu ( beli yang murah2 aje..sbb nnti pun kena tinggal jugak..heheh )rail langsir semua dah beli..nak tunggu orang datang pasang aje.Katanya.. nak datang hari ahad ni..tapi tukar hari pulak..nak datang hari sabtu.Makanya hari sabtu ni..aku sibuk pulak.Sebelah pagi nak siap2kan dewan..sbb malamnya nanti nak adakan majlis.Tengahhari..nak pergi bangsar pulak...nak hadir kemajlis pertunangan Elyana selepas zohor.Mana satu aku nak pergi ni.
Kalau suruh papa tunggu..nanti ada yang tak kena pulak ..orang tu pasang.Papa ni jenis malas nak komplen.apa yang orang buat ..tulah dia terima...kalau tak pergi majlis pertunangan Elyana..apa kata Syida pulak.Kiranya aku ni terpilihla..dalam ramai2 kawan dia.. untuk menghadiri majlis pertunangan anaknya...heheh.
dalam delima betul...

Thursday, 9 July 2009

Main Gunting Gunting Kertas

No comments :
Lepas aje solat magrib tadi,tetiba aku teringat pasal hadiah cabutan bertuah yang aku kena sponser, pada majlis Malam Mesra Penduduk, malam minggu nanti.Barangnya dah ada..cuma pembalutnya aja tak ade.Malaslah pulak nak kekedai malam2 ni.Selongkar bilik oya..jumpa kertas warna warni ni..apalagi idea spontan pun datang.Teringat masa bukak sekolah Tabika dulu..main gunting2 kertas.hihihi..aku pun jadi budak2..gunting2 kertas..sesekali jadi budak2 syokkk jugak...

Wednesday, 8 July 2009

Majlis Harijadi Affan

2 comments :
































Bunga Kenanga

No comments :
Inilah pokok bunga kenanga yang aku tanam 3 bulan lepas..dah besar sikit..dan dah berbunga..

Sunday, 5 July 2009

cucuku yang lucu

2 comments :
Inilah telatah cucu cucu ku..aktiviti ni berlaku semasa buat persiapan majlis harijadi cucuku affan..si tenit2 semuanya..menolong tolong sepah..tolong bising..tolong sibuk..heheheh..





Atok! biar dhani yg lap kosi ni..atok ngan abah sham jadi mandor aje ek..agaknya itulah dialog cucu sulungku itu..hehehhe..aku selalu pangil dia ..budak gundut..











affan..apasal garang aje!si hensom boy ni..dah setahun..tak pandai jalan lagi..









Haaa...budak tiga beradik ni suka main nyorok2.asal datang rumah..itulah keja diaorg..nyorok sana ..nyorok sini.semua celah perabut dia masuk..bawah kerusi..celah almari..untung juga..tak payah sapu habuk..diaorg dah sapu semua...hehehe

ni lepas main nyorok nyorok kat taman yg sekangkang kera tulah..celah daun selai pun nak nyorok..makucu nya ambik peluang manangkap gambo..















































dah kepenatanlah tu..baru lepas tolong pasang khemah tadi....
tidorlah affi..nanti petang nak jadi penyambut tetamu palig tecik....








Hi-Tea

No comments :
Ahad 5/7/09 kak rose pergi Majlis Hi-Tea...Bual Bicara Wanita Solehah Mawaddah Wa Rahmah bersama Y.Bhg. Dato' Ustaz Ismail Kamus.Majlisnya meriah..penuh dngan ilmu yg disampaikan olih ustaz ismail kamus.ceramah ustaz yang tidak jemu didengar..mengenai tanggungjawab suami isteri masa kini...

kueh lopes kegemaranku..kueh lopes Kuzie Catering ni memang terkenal kelazatannya..
Add caption
~ aku memang suka soto...sedap aje ~
Add caption
Bergambar kenangan dengan adik Muhammad bin Ahmad Zahid..Pemenang Kategori Bacaan Terbaik Anugerah al-Quran Antarabangsa Dubai (DIHQA) ke-12
Add caption

Adik Muhammad..baru lepas memperdengarkan bacaan al-Quran..sebelum majlis bermula.Sejuk hati bila mendengar bacaan al-Quran dari adik muhammad.Bertuah nya kedua ibu bapa adik muhammad ni mendapat seorang anak yang tahfiz al-quran
Add caption

Add caption










Thursday, 2 July 2009

Daging masak hitam

2 comments :
Ha..ha..hah..petang tadi aku cipta resepi aku sendiri.Tak tau nak masak ape dah..harihari masak..masak..masak..heheh.pikir punya pikir..aku nak masak daging yang ada dalam petiais tu..

- Rebus daging..sampai hilang darahnya..potong nipis nipis..gaul sedikit garam dan goreng.

- Blend cili kering,bawang kecik,bawang putih,halia dan serai( bahan2 asas aje )

- Tumis dalam kuali sampai garing...bubuh gula melaka agak2 sebesar dua ibu jari..masukkan bawang besar yang di potong bulat...tumis sampai layu..

- pastu masukan daging goreng..kacau2 smpai sebati...bubuh pak aji sikit..hah dah siap...ready untuk di makan...beres..

Wednesday, 1 July 2009

baiki semula apa yang patut...

No comments :
Selesai urusan rumah sewa..pergi pulak rumah aku yang tak siap2 lagi ni.Ada aje yang tak kena.Yang dalam rumah semua dah di perbaiki..shower..kunci pintu..alarm..paip semua dah ok.Yang kat luar pulak..gate senget..pagar retak..kedudukan kepala paip senget..pastu lantai kat tempat letak kereta pecah2. Semuanya nak diperbaiki..


Lantai rumah sewa ku rosak

No comments :
Penyewa rumah sewa aku dah nak keluar esok.Jadi hari ini aku dan papa pergi tengok dia kemas2 rumah, nak ambil balik kunci dan bayar balik deposit sewa.Rumah dalam keadaan baik..semua bersih termasuk bilik air.Cuma paket lantai bilik rosak teruk..taktau kenapa.Katanya..sebelum dia duduk ..memang dah macamtu...

Aku selalu membiarkan penyewa lama.. mencari penyewa baru..bila dia nak pindah.Suruh letak iklan kat tingkap..pastu dia boleh ambil deposit kat penyewa baru..ganti deposit dia yang ada pada aku.Aku selalu berurusan dengan orang..atas dasar percaya mempercayai..walaupun berurusniaga di internet.Setakat ini..Alhamdhulilla..tiada masaalah..

Penyewa yang baru ini pon..penyewa yang sekarang ni uruskan.Cuma kali ini aku nak tengok sendiri keadaan rumah.Malam tadi jugak penyewa baru datang ambil kunci.Sepasang suami isteri yang baru mendirikan rumahtamgga.Harap2 dia boleh menjaga rumah aku..seperti dua penyewa rumah aku yang terdahulu..