*

Monday, 29 June 2009

Hitam Putih

4 comments :
Semalam ada majlis perkahwinan..anak kawan/jiran setaman.Majlis bertemakan warna hitam dan putih.Jarang ada orang gunakan tema warna ini..tapi..Puan Saiyah berani mencuba..dan nampak keunikannya..bila semua orang mengenakan pakaian hitam dan putih..

Add caption
Add caption

Reflexology

No comments :
Papa sakit kaki dah beberapa hari.Dia pergi berurut..tak baik jugak.Orang tu kata otot kaki dia kejang.Ada seorang kawan mengesyorkan dia buat urutan reflexology.Aku pun tumpang dua kaki..buat rawatan jugak..hehehe..
Urutan ini dilakukan olih orang yang cacat penglihatan.Bayaran pun tidaklah mahal sangat.Rasa lega dan terlena ..bila kaki di urut urut.Terkena bahagian yang sakit tu ..rasa nak tarik kaki tu sorokan..jangan bagi urut..hehehe..sakit yang amat sangat.Urutan ambil masa satu jam aje..ada banyak pilihan lain..selain urutan kaki.

































Sebelum diurut..kaki direndam dulu dengan air suam..

Saturday, 27 June 2009

Rambutan

No comments :
Semalam emak aku talipon..suruh balik..buah rambutan tengah masak..kalau lambat, nanti habis...tak merasa ..katanya.

Rasa rasa..macam nak balik kampung aje hari ini..papa pulak banyak halnya..nak rewanglah..ada nak jumpa oranglah dan macam macam hal lah.Oya pulak ada RHB dinner..nak kena perform..memang tak boleh ajaklah.Ajak ai pulak..katanya nak keluarlah..dah janji ngan kawanlah..huhuhu.Bila keaadaan jadi macam ni..rasa sedih juga..takde orang layan kita.Kita pulak fikir nak layan emak..dah emak suruh balik..kita nak aje balik..tapi takde orang teman.Kalau nak drive sorang sorang boleh aje..tapi takut pulak.dah umo2 macam ni..kalau jadi apa apa nanti nyusahkan orang aje.Cuba cuba nak tipon anak lagi dua orang tu...cuba along dulu..kalau angah..selalunya dia pun sibuk hujung minggu ni.Alhamdhulilla...Along ni memang selalu ada.. bila mama dia memerlukanya.Kami pun balik kampung dua beranak aje..

Sebenarnya aku ni tengah sibuk sangat..tengah kemas2 nak berpindah..nak tunggu orang ukur jeriji tingkap dan pintu..nak tunggu orang cat pagar...pasang alat pengera..perbaiki apa apa kecatatan dan macam-macam lagilah.Dah naik letih dah. Minggu depan pulak..nak tunggu orang pasang jeriji..pasang lampu dan kipas pulak..

Kalau ikutkan papa..dia tak nak pindah...nak tinggal kat sini aje..sehingga rumah di seksyen U12 tu siap.Tapi..aku yang buat degil..nak pindah kat situ jugak.Biar pun duduk setahun..atau berulang hujung minggu..aku tetap nak duduk sana.Bukannya apa..nak merasa duduk rumah hasil titik peluh aku sendiri..hehehe.Berkat kerja kuat aku selama ini..dengan izin ALLAH inilah hasilnya..walau pun aku hanya menyumbang 50%sahaja dari harga rumah tu..aku amat bersyukur dan berbangga..apa yang aku impikan dan cita citakan telah tercapai.Rumah yang tertulis dengan nama aku seorang sahaja..hehehe..

Sampai kampung tengok buah rambutan tu belum pun masak sangat..saja emak tu..nak kita makan buah tu dulu sebelum orang lain makan.Kalau minggu depan..barulah buah tu masak ranum.Apa lagi..kami pun memunggahlah buah rambutan tu..penuh bot kereta..heheh...emak pesan..sedekahkan kat orang..elok bersedekah dibulan Rejab ni.Sampai aje shah alam..kami agih agihkan kat kawan kawan..merasa sikit sorang..











Tuesday, 23 June 2009

Kain Kotton

No comments :


Sejak beberapa tahun kebelakangan ini..aku suka mengumpul baju kurung dari jenis kain kotton.Biasanya aku selalu belikan untuk anak gadisku..dari semasa dia masih kecil, hingga dia berusia belasan tahun.Lama kelamaan dia pun sudah terbiasa..dan menyukai pakaian dari jenis kain kotton ni.
Aku pon sudah ada koleksi..beberapa helai baju kurung...dan kini hendah menambah lagi koleksi.
Untuk hari raya akan datang ni..kami sekeluarga menempah pakaian semua dari jenis kain kotton.Semasa pergi Korea..adalah beli beberapa helai..buat ole-ole untuk adik beradik dan anak menantu dan cucu....

Monday, 22 June 2009

tag dari fibie

No comments :

Aku kena tag dengan fibie/zana.Dah buat separuh jalan...sekarang baru nak publish post semula..jangan marah fibie..kakrose ni serba serbi lambat..

1. Copy badge "2008 Cute Blogger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda.

2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.

Fibie/Zana ni..aku kenal masa ralit berforum di wanita melayu s'pore..dari situ..kami selalu bertegur sapa..dan bersembang.Disebabkan kesihatan aku dan kesibukan aku waktu itu..yang tak mengizinkan aku kerap berforum..maka aku jarang2 masuk forum..maka terhentilah hubungan kami.Sehingga pada satu hari aku terima call dari mamijarum...yang kawan2 dr s'pore nak datang kl..nak bergeder2..maka aku pun menawarkan diri..rumah aku jadi tempat lepak2.Tak sangka Fibie pun ada..heheh..comel aje orangnya..raut muka nmpk pendiam..tapi peramah.Fibie bila nak bergeder lagi.Kalau balik semenanjung singahlah rumah akak ye..

3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya.. (anda di-tag!)

3.1 hobi aku ni tak menentu...susah jugak..sebab berubah2 mengikut tahap umo..yg pasti menghias rumah jadi no satu..sbb dr dulu sampai sekarang tak berubah.

3.2 menjahit..bila dah naik gila menjahit..sehari boleh siap langsir satu rumah...hehehe..bayangkan ada 12 tingkap..satu sliding door.sampai papa pun penah cakap..mama kau..kalau menjahit macam takde hari esok..hihihi

3.3 menyanyi..jangan tak tau..aku pernah jadi anggota kugiran masa kat kampung dulu..jadi rebutan lagi..kihkihkhi.tapi sekarang dah sedar diri..nyanyi lagu2 nasyid dan marhaban aje yang sesuai usia..kadang2 karaoke juga ngan papa dan anak gadisku..
Papa ni pulak..boleh nyanyi lagu2 Tan Sri P.Ramli aje,jadi.. aku terpaksalah jadi saloma...hahaha

3.4 mengumpul barang2 kecik..yang comel2...

3.5 mengumpul beg2 kertas dari pelbagai jenis kedai..

3.6 mengumpul botol syampoo dan lotion dari hotel2 yang pernah aku huni..dah jadi 3 bakul penuh.lepas ada satu kejadian yg pelik berlaku..aku buang semua..dan sekarang tak berani ambik lagi...

3.7 Ini cerita dulu..memandu laju..kahkahkah..cam tak percaya ek.Ini kisah benar tau.Aku pernah drive kereta kancil..dari shah alam.. ke muar cuma 2 jam sahaja tau...pernah merempit (dulu takde istilah ni)hihihi..di sebabkan orang tu mencelok aku..sampai anak aku kecut2 perut...sib baik tak apa2...sekarang tak lagi..bila sesekali memandu tu berangan jugak...hahahah..

3.8 Memasak.hobike ni..bukanke kewajipan,nak bagi semua orang makan sedap..

3.9 Biasalah orang perempuan ni..suka kumpul brg2 peribadi..entah ape2 aje..semua di kumpul..beg, kasut,botol minyak wangi..kadang2 beli bukan nak pakai minyaknya..tapi hendakkan botolnya,payung,pingan mangkok toksah cakaplah..berdozen2..

3.10 dah kehabisan hobi..hehehhee...

4. Anda perlu memilih 5 penerima tag seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.

penerima tag seterusnya ialah..sape ek.
tengok dulu ..sape yang kena...

penerima seterusnya...

1. Azah
2. ummie77
3. fawa
4. mrsnor
5. suhaila
6. ayu

Thursday, 18 June 2009

Buat susah susah aje Yah ni..

No comments :
Pagi ni rezeki murah pulak.Sahabat aku talipon..tanya..ada rumah ke.Rupanya dia nak munjung aku( betulke bahasa jawa aku ni..munjung ni dlm bahasa jawa..merujuk kepada perbuatan menghantar makanan kepada sesorang )kalau salah tolong betulkan ye..hehhe...
Maklumlah aku bukan mahir bahasa..waima, bahasa kampung aku pun tak betul hihihi..

Kueh kasui hijau yang di buatnya memang popular di taman kami.Agaknya ada orang oderlah tu..tak sempat pulak aku nak bertanya..dia tergesa2 hendak pergi ke ofis..selalunya, bila ada lebih..selalu lah kawan2 ditaman ni merasa...

Inilah sarapan aku pagi ni...besama teh O, BOH GARDEN TEAS Bukit Cheending No 53..

Tuesday, 16 June 2009

barang lama

No comments :
Hari ini temankan papa pergi kerumah pelanggannya, di Kelana Jaya.Rasanya lama aku tak kesana.Awal 80an dulu aku tinggal di sana..rumah aku betul2 bersebelahan dengan Komplek Tabung Haji.Waktu musim haji..riuh rendah depan rumah..tempat orang ramai parking kereta..malam pun tak nyenyak tidur...
Rumah pelanggan papa ni dekat pulak dengan rumah baby setter aku dulu..Aku panggil dia kaknor.Lama tak jumpa kaknor..last sekali jumpa dia masa aku nak pergi haji tahun 2005.Sudah hampir 4 tahun tak berjumpa..banyak perubahan berlaku pada diri kaknor.sejak kematian suaminya..dia sering sakit2..sehingga tidak boleh berjalan..dan terpaksa duduk di kerusi roda.Sembang punya sembang...terkeluar cerita pasal beli pinggan mangkok..
Hah! nilah dia hasil persembangan kami..hihihi...banyak sungguh pinggan mangkok lama kak nor...penuh satu almari jadi tempat beradu cikpas ngan cikcak....Aku pun tangkap gambo aje..ada tanya kaknor nak jual ke..dia kata..kalau ada orang nak.. dia nak jual..
Olih kerana ..aku ni bukanlah collector antik yg tegar...setakat pandang ajele..hihihi..








Saturday, 13 June 2009

Kisah Kawan...

3 comments :

Petang2 ni rajin pulak nak buat n3.n3 kali ni pasal suami arwah kawan aku...yang dah nak merumahtangga lagi.Cepatnya dia melupakan isterinya..huhuuhuh..

Kisahnya..dia teramatlah sedih diatas pemergian isteringya..hari2 dia pergi ziarah..untuk melepaskan rindunya.Katanya..tak kira waktu..bila rindu itu tiba2 datang..dia akan pergi kesana.Dia mula memencilkan diri dari kawan2..anak2 dan keluarga.jadi bila dia berkelakuan begitu..anak2..kawan2..menyarankan dia cepat2 mencari penganti arwah..

minggu lepas aku berkesempatan berbual2 dengannya..apa yang agak memeranjatkan..mukanya berseri dan sangat ceria..dan topik perbualan berkisar pasal rumahtangga.Aku memberanikan diri bertanya..apakah Wak (nama gelaran dia)ni dah nak berumahtangga lagi.Terkezut aku bila dia kata ye..dan dah ada calunnya..ahaks

pergh..begitu cepat dapat pengantinya yerk..hihihi.itulah lelaki..

yang tak sedapnya..dia ajak aku sekali..bila nak pergi meminang nanti..huhuhu..siap pesan..rose kau jangan marah aku..atau pinggirkan aku..aku perlukan moral support dari semua kawan2...ermmmm..bolehke aku...hahahah...kelakar pulak..

Friday, 12 June 2009

Makan malam anak beranak..

No comments :
Hari ini tak pergi mana2..nak masak buat majlis kecil2an di rumah..sempena harijadi suami tersayang pada 9hb lepas.Macam biasa anak2 sahaja yang berkumpul.Maklumlah kami ni keluarga kecil sahaja..tak ramai saudara mara..adik beradik pun dah jauh..
plannya nak masak rendang ayam,sup ayam ginseng,sambal petai ikan bilis,goreng fish nugget itu aje..
Konon2 nak ambik gambar..semua masakan..last2 sempat ambik gambar satu jenis masakan aje..penatlah dan lambat nak siap nanti..maklumlah aku sorang aje yang kedapur..hehehe
Nora datang bawa yongtaufu sup..lla pulak bawa kek..oya balik bawa buahan dari ofis.hari ini ofis dia ada jamuan..tak habis makan dia tapau bawa balik..dah cukuplah tu..

Inilah dia rupanya rendang yang aku masak...

Lebur semua bahan2 kisar dalam kuali bersama santan kelapa, kecuali ayam,santan kotak, daun2 dan asam keping.Bila kuah separuh pekat..masukan bahan2 yang tinggal tadi.masukan juga santan kotak.kacau sampai pekat dan kering..

Inilah ramuan yang aku gunakan..terlupa nak tunjuk..rempah kari..dua sudu makan,pak aji,santan kelapa dua bijik,santan kotak m&s( iklan percuma )dan sedikit serbuk kunyit..



Ayam dilomor dengan sedikit garam dan kunyit dan digoreng separuh garing..

Dua ekor ayam..asingkan bahagian yang bertulang..nak masak sup..

Melancung ke Korea

No comments :
Gambar ini diambil semasa akak melancung ke Korea. Lupa pulak nama tempat ini. Seingat akak..masa ni kami pergi ke satu pelabuhan..tapi pelabuhan ini dah di jadikan tempat pelancungan. Kami menaiki feri ketengah laut untuk melihat burung  dan memberi makanan dengan mencampakan saja keudara. burung2 akan menyambar makanan yang ditangan dan di udara. pemandangan yang amat mengasyikkan.






Tuesday, 9 June 2009

Makan di Korea

No comments :
Hari pertama makan tengahari di Korea.Tak ingat nama restoran tu.Tour gud ada bagitau... tapi tak catit dan dah tak ingat..yang pasti restoran tu halal..jaminan dari TH Travel.
Menunya..nasi putih,sup ikan(tak pasti ikan ape..sedap jugak)sayuran,ikan bakar (ikan sardin atau ikan mackrel...betulke ni )dan ada lagi...










nak kata ulam,bukan..nak kata salad pun bukan..ape2 ajelah..


















sup ikan campur daun kucai dan cendawan..


















ikut arah jam...taugeh goreng sampai layu..sayur bayam..apa nama masakan ni ek..macam tahu..kimci..bawah sekali..rumpai laut( yg ni aku suka sangat )












Inilah rupanya ikan sardin bakar..












Dah lapar sangat..makan habis sampai licin..hehehe

Makan di Korea

2 comments :
Hari pertama makan tengahari di Korea.Tak ingat nama restoran tu.Tour gud ada bagitau... tapi tak catit dan dah tak ingat..yang pasti restoran tu halal..jaminan dari TH Travel.
Menunya..nasi putih,sup ikan(tak pasti ikan ape..sedap jugak)sayuran,ikan bakar (ikan sardin atau ikan mackrel...betulke ni )dan ada lagi...










nak kata ulam,bukan..nak kata salad pun bukan..ape2 ajelah..


















sup ikan campur daun kucai dan cendawan..


















ikut arah jam...taugeh goreng sampai layu..sayur bayam..apa nama masakan ni ek..macam tahu..kimci..bawah sekali..rumpai laut( yg ni aku suka sangat )












Inilah rupanya ikan sardin bakar..












Dah lapar sangat..makan habis sampai licin..hehehe

Sunday, 7 June 2009

Four Seasons Garden di Korea

2 comments :
Inilah sebahagian dari gambar yang akk sempat ambil  di taman rose di four seasons garden di Korea. Suasananya sangat romantik...membuatkan aku rasa tak sedar diri...hihihih...
Posing punya posing...nah kau..sekalik posing maut...sanggup ke tak sanggup ke..kena tengok juga ye..kah..kah..kah..

ngee..ngee..ngee..nak buat camna..dah memang besar gedabak...kah..kah..kah..
Cucu tengok pun kata... apa pasal Atok ngan Wan gemok sangat? hehehe...