*

Sunday, 26 April 2009

Sahabat Maya

4 comments :


Hari sabtu 25 april..aku di beritahu seorang kawan, yang gambar aku ada keluar dalam internet.Dengan tak sabarnya aku mencari gambar tersebut.YaAllah..gambar kenangan aku bersama forumer2 dr melayusg rupanya.

Fibie
..tak sangka pulak kakrose dapat berhubung lagi dengan fibie..bukan tak nak cari..tapi masa dan keadaan kita yang tak mengizinkan berbuat demikian.Rupanya Fibie dah bertukar ke Sabah ye.Seronok tinggal disana? Kalau ada kesempatan dan waktu..teringin kakrose kesana..

Seronok betul..waktu kita geder2 di rumah akak dulu ek..rasanya macam sekejap sangat..tak puas.Macam2 cerita yang kita borakan..walaupun pertama kali jumpa..rasa macam dah kenal lama..akak pun merindukan suasana berforum di melayusg dulu.Tapi itu semua dah tinggal kenangan aje fibie.

Semenjak melayusg dah bertukar..kakrose pernah masuk beberapa kali..tapi nick dah kena tukar..rasa tak seronok pulak.Dah tak kenal kawan2 yang biasa kita bergurau..
Kakrose masih berhubung dengan Mami sekali sekala.Hari Raya tahun lepas..waktu kakrose buat openhouse..mami sekeluarga ada datang kerumah.

Baru2 ni ada juga sms dengan Manja..tapi tak reply pun..mungkin dah bertukar no talipon.Umi pun sama.Sebenarnya kakrose rindukan mereka semua.Tahun lepas kakrose ada berjumpa manja dan Umi di s'pore.Dalam masa beberapa jam saja kami berjumpa di sebuah restoran.kakrose rasa terharu sungguh..mereka bersusah payah mencari kakrose di lokasi yang mereka pun jarang sampai.Umi pun sanggup meninggalkan anak2 bersama suami di rumah.Manja dan suami yang memang peramah tu..ada saja ceritanya...Saat limosine datang menjemput kakrose dan keluarga nak ke JB..Umi sempat memberikan kakrose cenderahati utk kenangan..tapi kakrose terkilan tak sempat nak bawa ape2 dari Kl utk mereka buat kenangan..Kakrose merasa sebak..nak meninggalkan mereka.Dalam hati berkata..bila ntah dapat jumpa mereka lagi..

Manja..Umi, kalau terjumpa blog kakrose ni..singgahlah..kita sambung semula silaturrohim..

Thursday, 23 April 2009

Roses

No comments :
Musim bunga rose kali ni tak berapa nak menjadi. Masa mula bertunas.. daunnya nampak subur dan cantik. Lepas beberapa minggu daun nya mula jadi keriting..kudupnya pun keluar macam tak sihat aje. Kalau nak diikutkan tangan ni..nak saje aku cantas semuanya..biar tumbuh yg baru.Tapi nak cuba tengok..mana tahu.. kot2 nanti bila dia dah kembang..cantik pulak...
Inilah rupanya bila dah kembang..



Monday, 20 April 2009

Tempeyaki dan Air Soya

No comments :
Hari ini makan..tempeyaki...air soya,taufufa dan soya ball inti perasa pandan.Aku suka tempeyaki ikan salmon..papa pulak suka tempeyaki ayam.Sayur tauge yang ditabur bawang putih goreng dan sup tahu masamnya yang buat aku teringat2..heheheh...




Sunday, 19 April 2009

Agar Agar Kering

No comments :
Hari ini pergi majlis perkahwinan rumah kawan setaman perumahan.Ole ole dari tuan rumah..merupakan makanan tradisional iaitu AgarAgar Kering.
Jarang ada orang yang mahu membuat makanan tradisional ni..selain dari rumit membuatnya..ia bukanlah makanan kegemaran ramai.
Aidah(nama tuan rumah)telah menghidupkan semula makanan tradisional ini.Ia telah mencuri tumpuan tetamu2 yang hadir.Yang istimewanya..ia dihasilkan sendiri olih tuan rumah yang memang pakar dalam segala masakan.

Monday, 13 April 2009

Belajar Menjahit Tudung

2 comments :
Hari ahad lepas..aku buka kelas belajar menjahit tudung dengan Zairafim.Seronok belajar menjahit ni..boleh release tension..




Habis belajar..apa lagi...sesi makan makan lah..



Tuan rumah nak menepek jugak...heheheh...posing kekononlah tu....


Lepas gunting kain..apa lagi, jahitla..zimah! jahit..jangan tak jahit..


Kawan kawan semua khusyuk mendengar penerangan dari Zai..


Apalah yang dikatakan Zai tu..Sampaikan zimah ketawa terbahak bahak..

Sunday, 12 April 2009

Peria Katak

No comments :


Buah peria dah cukup masak..petik...dan keringkan...


Buah musim pertama dulu...

Friday, 10 April 2009

Pokok Bunga Kenanga

No comments :
Hari Ahad Lepas..balik dari kedai hiasan dalaman SSF.aku singgah kekedai menjual pokok2 bunga di sepanjang jalan sungai buluh.tujuannya hendak membeli baja untuk pokok yg aku tanam di rumah.
Tetiba aku teringat pokok bunga kenanga yang inna tanam, yang aku baca didalam blognya.Olih kerana telah mulai berminat dengan pokok2 bunga lama ni..aku pun membelinya..tak sabar2 nak bawa balik dan tanam.reganya sepokok RM17 sahaja.olih kerana terburu nak cepat balik..sampai lupa nak beli tanah..walaupun dah beli pasunya.


Thursday, 9 April 2009

Peria Katak

2 comments :
Pokok peria katak ni aku tanam dalam pasu didalam kawasan rumah.Ini dah musim ketiga aku tanam..maksudnya dah tiga kali.Sekali tanam dapatlah buahnya dalam 5 hingga 6 bijik.
Ini pokok yanyg ketiga aku tanam..buahnya cuma tiga bijik aje.

buah yang ini aku nak jadikan benih.aku biarkan dia masak diatas pokok.gambar ini di ambil pagi smalam.













Ini gambar pagi tadi..

Wednesday, 8 April 2009

decal..bunga ceramic..alas meja..

No comments :
Add caption
Inilah set cawan Kak Limah yang dia susuh aku decalkan,bersama bunga yang dia suruh aku gubahkan.Kesemuanya bunga tu ada 15 tangkai...tak sempat lagi nak tambah bunga kecik2 sebagai penyerinya..

Add caption
Alas meja yang Kak Limah beli dari aku...muat2 aje untuk meja tu.
Koleksi buah buahan batu Kak limah..

Add caption
Ini lagi koleksi Kak Limah.
puas juga ku pujuk2 kakLimah supaya menjualkan ke aku..huhu

Sayang kereta aku...

No comments :
Mulanya geram...kereta aku elok2 parking depan rumah kena langgar belakang.Yang aku pun tak rasa nak marah kat budak yg langgar tu...tapi timbul kesian pulak.Papa ye..ye..marahkan budak tu..sampaikan aku pun kesian...dan tolong tenangkan papa.Mana tak kesiannya..dahlah jatuh terpelanting jauh kedepan..sambil merangkak menahan kesakitan..dia merayu memohon maaf kat papa..yang dia tak sengaja.Selepas sesi tanya menanya..rupanya budak tu student UITM..yang menyewa dibelakang rumah aku aje.Aku ambilkan air minuman..suruh dia minum dulu..dan rehat untuk hilangkan rasa terkejutnya dan tenangkan hati.Olih kerana dia ada kelas..aku suruh dia pergi kelas dulu..dan tinggalkan motor nya kat rumah aku.Balik nanti boleh sambung bincang...

Sayang kereta aku..itu hadiah harijadi aku dari papa pada tahun 2007.Bukan senang nak dapat...lepas bertahun2 kahwin..tak sangka pulak papa nak hadiahkan aku sebuah kereta.

Tuesday, 7 April 2009

Pokok Kemboja dan Burung

No comments :
Pokok kemboja ni aku tanam dah hampir setahun.Tak pernah berhenti berbunga, walaupun bunganya tak selebat pokok2 di tempat lain yang aku nampak.Dalam banyak2 warna bunganya..warna yang ini pulak menjadi pilihan aku. Semasa aku beli pokok ni harganya RM70, tingginya lebih kurang 4 kaki.sekarang tingginya sudah sekali ganda.

kalau dulu pokok kemboja ni hanya ditanam di kawasan tanah perkuburan sahaja..tapi sekarang ia telah mengambil tempat di halaman2 rumah.

Suka melihat bunganya yang berkembang dan bila sampai waktunya bertaburan dihalaman rumah.sejak aku tanam pokok ni..banyak pulak burung2 yg datang singgah menghisap madu.Boleh dikatakan setiap pagi..aku mendengar kicauan burung disitu.































Ini lah burung yang selalu bertengek di tepi tingkap bilik aku.Hari tu aku sempat merakam gambarnya dari dalam bilik.Pokok mangga tu ..jiran sebelah punya.

Saturday, 4 April 2009

Anggerik

No comments :
Sejak kebelakangan ini aku rasa macam tak selesa saja badan ni..mungkin terlalu penat dengan bermacam aktiviti agak nya.Rumah, laman dan pokok2 terbiar saja tanpa di jaga.Baru minggu ini aku berkesempatan meluangkan masa untuk berkemas rumah.Banyak jugak barang dalam rumah ni telah aku alih2kan kedudukaannya.Tapi alih2 pun tetap sama..sbb ruangnya sempit.
Semalam semasa pergi buang sampah..ternampak pokok yg lama aku biarkan..dah tumbuh kuntum2 bunga...pagi ni tengok dia dah berkembang..inilah bunga anggerik hutan yg aku tanam bertahun2 dulu..yg aku perasan dia berbubga setahun sekali aje.Dulu aku tanam dalam pasu..sekarang ni aku letakan pada pokok inai yang aku tanam di hadapan rumah..tengoklah semak samun tu..abaikan aje ye..