*

Thursday, 26 February 2009

restoran kayu manis

No comments :
Malam tadi Ai belanja makan di Restoran Kayu Manis di Bukit Jelutong.Masakannya sedap juga.Ai ni memang suka makan.Semenjak dia bekerja...boleh dikatakan setiap bulan..bila dapat gaji aje dia akan belanja kami makan.kami berempat ajelah..yang ada di rumah tu.Nampaknya..dia ni mewarisi perangai papanya...yang suka makan makan..





















love heart

No comments :
Dalam pada sibuk dan kalut ...aku sempat jugak menyiapkan tempahan sebanyak 37 bijik love heart..tempahan dari pelanggan.

hasil kerjatangan ku..
Add caption
Add caption

Alfatihah...Untuk Allahyarhamah Hajah Salasiah

No comments :
25/2/09...sahabat aku yang menderita sakit barah payudara telah pulang ke rahmatullah malam tadi.Bila dapat berita malam tadi aku tak boleh melelapkan mata..hingga hampir subuh baru dapat lelap sekejap.

Jam 9:00 pagi aku ke masjid ziarah pengurusan jenazah allahyarhamah.Ramai saudarmara,sahabat handai,rakan2 dan jiran tetangga yg datang, penuh masjid.Allahyarhamah ni memang di senangi dan mempunyai ramai kawan...walaupun dia nampak agak pendiam.selalunya...kalau ada kematian..kebanyakan orang menangis..tapi kali ni takde orang pun yg menangis..termasuk aku.kenapa ek? aku sendiri pun tak rasa sedih sangat.Mungkin semasa dia terlantar sakit kami semua dah puas menangis melihat penderitaannya...dan kami semua dah redha dengan pemergianya...semuga dia di tempatkan bersama orang2 yang soleh dan solehah...AMIIN.

Saturday, 21 February 2009

Papa kena denggi

No comments :









19/2/09..papa demam mengejut aje..balik dari majlis jamuan makan malam RT...dia terus berselubung selimut..Bila subuh dia tak boleh bangun...sakit kepala sangat..katanya.Lepas makan ubat, sapu minyak..tak juga kurang sakitnya.

Aku masak sup ketam yang memang aku sentiasa simpan dlm petiais..( ketam bukan sentiasa ada dijual..klau ada jual memang aku beli banyak2 dan simpan ) klau ada sesiapa demam..aku terus masak sup ketam...dan suruh minum air rebusannya..setakat ini Alhamdhulillah. Papa minum semangkuk sup ketam...

Bila demam papa tak juga reda..bawa papa jumpa doktor.
Lepas pemereksaan..doktor kata...papa memang kena denggi.kena masuk wad.Tapi papa kata..dia cuma demam..takde rasa lemah badan...demam pun baru sehari...dah doktor suruh masuk wad..kami pun kata oklah...walaupun papa kata dia dah ok ( lepas kena cucuk ubat tahan sakit )

Dah duduk wad..badan papa pulak tumbuh ruam..penuh satu badan.Alamak denggi berdarahke...aku dah gelabah.Belek punya belek..sham kata..abah kena campak ni...tak ke kelakar..dah tua2 kena campak.Beritahu nurse pasal ni...dia cuma beri ubat sapu.lepas sapu beberapa jam..ruam dah hilang.

Duduk wad..doktor tak buat ape pun..cuma masuk air aje..papa dah gelisah..kena minum air banyak2..lepas tu pergi tandas.Ambik darah pletlet masih rendah.nak wat camne ek.Kawan2 syorkan minum jus manggis..kolestrom..biospry..100 plus...semuanya minum. Alhamdhulillah pltlet naik balik. Apa lagi papa pun mintak keluar dr wad..( walau doctor tak bagi ) tapi kena datang esok..nak peksa darah lagi.

21/2/09..aku dan anas temankan papa pergi buat pemereksaan darah kat hospital.aku suruh anas temankan abahnya,sementara aku pulak duduk di kerusi lobi hospital.Tetiba aku pulak rasa pening sangat..rasa nak demam dan mengeletar satu badan.lama2 rasa macam kebas2 tangan.aku dah takut..terus bangun lajan plahan2..memapah dinding terus pergi bilik kecemasan.nurse kat situ terkejut terus bawak aku baring kat katil..dan ambik tekanan darah..YA ALLAH..tekanan darah ku naik mendadak 206/96.apelagi kena bebel lah dgn doctor..rupanya dlm aku sibuk menjaga papa..aku dah terlupa akan keadaan diriku yg kena makan ubat setiap hari.Nasib baik tak terjadi ape2 pada aku..Na'uzubillah...

22/2/09..papa buat pemereksaan darah lagi..hari ni doktor kata pletlet menurun lagi..bawah 60...Kena masuk wad.Tapi papa kata..dia sihat, tak rasa ape2 pun..ok aje.papa taknak masuk wad.tapi doktor beria2 nak suruh masuk wad jugak.lepas ada sikit diskus2 yg tak sepatutnya..papa mintak surat untuk dihantar ke hospital lain untuk buat pemereksan.Dengan lemah lembutnya,doktor tu kata..boleh..tapi kalau hospital kerajaan dia guna (different cut-off )lebihkurang macamtu lah.. tak sama dgn kami..katanya.

Dengan susah hati aku balik rumah..masak lagi sup ketam..dan bersiap2 barangan yg nak di bawa ke hospital.lepas masak..suruh papa minum sup ketam..habiskan satu mangkuk penuh..dengan harapan supaya pletlet darah cepat meningkat.Dalam perjalanan ke hospital Putra Jaya..papa dah rasa gatal satu badan..dan badannya dah penuh ruam.
baru aku perasan..rupanya papa alergik, tak boleh makan ketam..heheheee...

Sampai hospital putra jaya..lebihkurang 3 jam menunggu..barulah dapat keputusan.hasil pemereksaan darah..pletlet 88.tapi doktor suruh datang esok buat pemereksan lagi..

23/2/09..papa pergi ke hospital purtajaya...sham yang temankan...buat ujian darah lagi.Lepas beberapa jam menunggu..dapat keputusan..pletlet turun lagi sampai bawah 30.Doktor kata masuk wad. Yang herannya..papa ni steady aje...tak rasa ape2 pun..pening tidak,lemah pun tidak.sempat lagi pergi LPKP...ambil IC yang tertinggal..masa berurusan buat permit kenderaan minggu lepas..bila sham call ..kata abah masuk wad...aku dah kalut..tapi kena bertenang...takut darah naik lagi.Apa yg aku buat..tarik nafas...duduk relex..mesti siapkan tempahan sebelum due.Alhamdhulillah...semuanya beres...esok dah boleh hantar dan pos. Sambil2 buat kerja..aku rebuskan ubat herba yang Oya belikan dari kawan office dia. Herba ini hanya popular di kalangan orang cina untuk merawat demam denggi. Insya Allah..mudahan papa cepat semboh. 3:00 petang baru pergi tengok papa sampai malam...

24/2/09..pergi hospital sebelah tengahari dengan ai..ai ambil cuti...tapi kena pergi office jugak..ada meeting katanya.Sebelum ke hospital singgah makan di restoram maisha sek 19.Tak perasan pulak bila kala orang MBSA tu datang...tup tup dah kena saman...sayang/cuai nak bayar rm0.50..last2...jawabnya RM30 dah tentu terbang.
papa dah nampak sihat sikit.airmuka pun dah normal...sebelum ni merah padam.harap2 papa cepat sembuh.Tekanan darah pun dah menurun ke paras normal..takde gula dlm darah..cuma pletlet tak stabil.Aku balik rumah malam tu rasa lega...boleh tidur awal.

Tengah sedap tidur..talipon menyanyi.dapat khabar.. sahabat aku yang sedang sakit barah payudara sudah meninggal dunia..Innalillah...Alfatihah untuk arwah Salasiah Kamsah..semuga rohnya di cucuri rahmat..dan masukan dia kedalam golongan orang2 yg beriman...AMIIN.

25/2/09..hari ni aku tidak ke hospital..sham aje yg pergi tengok abahnya.Alhamdhulilla..pukul 4:30 ptg..diaorang dah sampai rumah.

Sunday, 15 February 2009

makan di Johnny's Restaurant..beli choc chip famous amous dalam bucket..

No comments :
Lepas makan singgah supermaket beli barang dapur...tak ketingalan beli choc chip dari famous amous.Sebenarnya hendakkan bucket nya tu...cantik..








Aku ajak suami belanja makan di JR.Dah lama tak makan kat situ.Masa birthday hari tu...dia belanja makan kat restoran Thai seafood.




















Bercuti keBandung

No comments :
As salam..

Mengodek2 pc berkarat ni..terjumpa pulak gambar masa pergi bercuti keBandung.
Kami pergi bercuti ke Bandung atas ajakkan seorang kawan/jiran setaman yg bertukar kerja di sana. kiranya kami ni ambik kesempatanlah..sementara kawan tu tinggal di sana bolehlah kami menumpang tempat tinggal..tak payah nak sewa hotel atau tempat penginapan..kami tinggal aje kat rumah beliau..


Gmbr ni semasa lepas solat zohor..kami lepak kat kawasan masjid ( lupa nama masjid dan kat area mana )

~ yang baju coklat tu tuan rumah ~


Hari pertama sampai..kami dibawa makan tengahari di satu restoran dekat dengan rumah beliau. makan nasi yang di bungkus dalam daun pisang..harum bau daun pisang tu yang membuatkan papa berselera makan sampai dua pinggan..hehe


~ dari dalam flight~


~ inilah rumah kawan tempat kami tinggal ~


..yang sebelah kanan tu..sahabat kakyon yang sekarang sedang menderita sakit barah payudara....yang kakyon ceritakan di luahan hati...
No comments :
Pemberian oya

Saturday, 14 February 2009

barang utk rumah baru

No comments :
Barang barang utk rumah baru..




Sebahagian barang2 yg aku dah beli untuk rumah baruku.Rasa tak sabar nak pindah.Tapi lama sangat menunggu nak dapat kunci.Biasalah pemaju ni..masa nak jual..bermacam2 janji..lepas tu buat tak tau aje..nak kena kita pulak push bank tu supaya cepat lepaskan pinjaman.
Antara barang2 yg aku dah beli, alas kaki untuk dapur cap ayam...heheh ( sama plak macam lynn punya..lynn klau terjumpa/baca jangan marah ye...)sarung kusyen,langsir dapur,alas meja utk dining dan dapur, sarung kusyen ( beli plain..lepas ni nak buat sulam tampal )Ada juga beli beberapa barang lagi...

Friday, 13 February 2009

masakan

No comments :
Dah lama tak memasak....jadi hari ni rajin2kan diri nak memasak untuk makan malam.masak asam pedas ikan parang,masak lemak sotong,goreng ikan dan ulam2.itu saja....hehehhe




Wednesday, 11 February 2009

No comments :
Hadiah dari Sham/Ila.

Diaorg ni pulak suka bagi barang2 hiasan..dah banyak koleksi dari diaorg...nnti senang2 nak kumpulkan semuanya.Kali ni bagi ala2 english jugak..tengoklah beg tu..corak roses lagi..hehehe...











hadiah

No comments :
Hadiah dari Anas/Nora.Nora memang suka belikan aku baju..dah beberapa pasang baju dia belikan utk aku.Setiap kali memakainya..aku dapat merasainya bahawa ada orang yg menyayangi aku..dan memberi aku perlindungan dan kasih sayang sebagai seorang ibu.


No comments :
Hadiah dari Oya..

Tuesday, 10 February 2009

No comments :
hadiah dari Ai..

hari jadi aku

No comments :
Hari ini harijadi aku yg ke 54 tahun.Alhamdhulillah..aku dah menginjak lagi satu anak tangga kehidupan...taktahulah sampai anak tangga keberapa aku boleh bertahan. Mudahan2 ALLAH memberikan aku kekuatan fizikal dan mental untuk aku dapat menjejakkan kakiku keanak tangga yang seterusnya..

Seperti biasa ..suamilah orang pertama yg ucap selamat.Tapi...sebenarnya Oya yang ucapkan dulu.

Cuti taipusam baru ni..dia pergi langkawi dengan office matenya..organised by sportclub nya.Balik aje terus wish besday,dan bagi siap2 hadiah.Kelakar jugak hadiahnya..yg tak pernah terfikir olih aku.Selalu dia bagi...(selain dari kad)ada lah benda kecik2 dan comel.Tapi kali ni dia hadiahkan teaset ala2 english gitu...hahaha.Rupa2nya dia pun menghayati minat dan keasyikkan ibunya dengan english deco ni..

Hahahaha...kelakar lagi. Anak bujang aku ni..belikan aku hadiah deco plate.Aku pun tak tau dimana dia beli decoplate ni.Aku dan Oya ketawa terkekehkekeh..geli hati sesangat. rupanya dalam diam ( nampak cam tak kisah aje..maksud kata dia buat derk aje dng apa yg aku buat kat rumah ni ) rupa2nya dia pun menghayatinya jugak...aku betul2 tersentuh hati..dgn ape yg anak2 aku buat... bukan kerana barang2 hadiah tu...tapi kerana kepekaan nya tentang minat aku..

sahabat

No comments :
Hari ini dapat berita… sahabat kakrose sudah boleh bawa balik ke rumah.Doktor dah tak boleh nak buat apa apa..keadaannya sangat kritikal.Penyakitnya dah masuk ke tulang dan otak. Doktor mengatakan tubuhnya akan lemah berperingkat peringkat.Apa yang mampu di buat..hanyalah berdoa..hanya ALLAH sahaja yang maha mengetahui segalanya.

Malam tadi lepas isyak..kakrose pergi ziarah kerumahnya...dapat melihat keadaannya..rasanya macam dah ada perubahan..mukanya dah merah..kaki tangan dah rasa panas macam org sihat…cumanya dia tak boleh bergerak dan bercakap. Kami berinteraksi melalui lerekan matanya sahaja.Bila dia nampak kakrose datang ..dia memandang tepat kemuka kakrose..dan nafasnya deras..seolah2 nak bercakap.Bila kakrose tanya apakhabar…dah makan ke..dia cuba buka2 bulut…tapi tak boleh.Kakrose menahan sebak,,klau bolih tak mahu dia nampak yg kakrose sedih.Bila kakrose gosok2 pipi dia dan mencium dahinya..airmata dia sahaja yg meleleh.Kami berpura2 macam takde ape berlaku pada dia..untuk mengelakan dia rasa tertekan.Kami memberi kata2 semangat..supaya dia cepat sembuh.Bintik2 merah dah mula keluar dari payudaranya…taktaulah apa maknanya tu..Hanya Allah yg maha mengtahui…

tempahan

No comments :
Add caption
Petang ni sempat siapkan tempahan dari seorang kawan dr Johor.Banyak juga tempahanya.Dalam pada sibuk dgn berbagai urusan..dapat juga aku menyiapkanya..
alhamdhulillah..

Saturday, 7 February 2009

lempeng ubi

No comments :
Teringat masa kecik2 dulu...ubikayu dah jadi macam makanan utama orang2 kampung macam aku. Sesiapa yang membesar dalam tahun 60an..tentu masih ingat keadaan masa tu..selain nasi yang menjadi makanan utama..ubikayulah yang menjadi penganti apabila kehabisan beras.Ubikayu dijadikan pelbagai jenis juadah yang menyelerakan.maklumlah waktu itu tiada makanan lain.nama2 jenis juadah seperti..lepat ubi,pengat ubi,getok ubi,talam ubi..dll.Tapi yg paling kerap menjadi hidangan keluarga ialah..ubi rebus, cicah sambal tumis atau pun makan dengan ikan masin.Kalau rajin sikit..buat lempeng.

Cakap pasal lempeng ubi ni..aku memang suka makan lempeng ubi ni....cicah dengan sambal tumis atau kuah kari...yum yum yum.

Olih kerana teringat nak makan lempeng..pagi tadi pergi bersarapan di restoran Azira seksyen 10.Ada lempeng pisang,kelapa dan ubi...

Lempeng ubi...




...Lempeng kelapa.

Friday, 6 February 2009

sibiru...memikat kalbu

No comments :
Semalam sempat kemas balik barang2 dalam setor yg tak habis kemas..lepas bersihkan..display kat sini.Dulu kakrose terapkan konsep kaler biru untuk ruang tamu kakrose...dari langsir,sofa hingga barang2 hiasan.banyak jugak koleksi kaler biru kakrose..ni sebahagian aje..








Jam ni baru beli..nak nambah koleksi biru..burner tu dulu kaler crome..dah cat kaler putih..

Thursday, 5 February 2009

key chain

No comments :
Menambah lagi koleksi keychain..
Yang sebelah tu mini photo frame..ada macam2 paten..tapi aku suka yg ni..

Wednesday, 4 February 2009

kosong

No comments :
Hari ini rasa macam tak berape sihat..takde mood.perasaan kosong. rasa sedih dari pagi terbawa sampai ke petang.Tak buat ape pun..hanya duk melayan perasaan, menjahit tempahan..tidur.

Malam Oya ajak temankan dia..nak pergi ke Subang Parade.Dia nak shopping beli suit utk di pakai ke Istana Budaya esok malam..katanya..

RHB ada sponser pelanggannya menonton pementasan PGL.So..Oya kena intertain pelanggannya lah..( betulke ayat ni..heheheh )kalau pelanggan tak dtg..dia berpeluang menonton percuma.jeles aku...( salah satu wishlist aku yg tak terlaksana..sbb takde org nak bawak..somi tak minat/ke taktau nak pergi..huhuhuhu..)

olih kerana takde mood..takde ape pun yg aku beli..puas berjalan..jumpa lah keychain dan mini photo frame...2 ketui RM10.00..Jangan tidak kata org..nak membuang duit..

xtvt takde

No comments :
Hari ini rasa macam takde mood aje..
n3 pun takde..hehe
No comments :
2/2/09
Menu makan malam...tak sempat/malas masak..makan aje kat restoran delima dekat dgn rumah aje..

sahabat

2 comments :
3/2/09
Pagi tadi dapat berita sahabat kakrose dimasukkan ke hospital..ada masaalah paru2.Dah beberapa bulan terlantar dirumah..akhirnya masuk hospital jugak.
Kisahnya..sahabat kakrose ni..mulanya ada ketulan dipayudara..selepas beberapa bulan buat pembedahan buang ketulan tu.. doctor sahkan ada simtom cancer...so doctor cadangkan buat pembedahan buang semua kawasan yg terkena canser tu.tapi dia tak nak pergi.Lebih suka berubat cara kampong.Dah beberapa bulan tak baik jugak.Kakose dan kawan2 lain ada pujuk suruh dia dapatkan rawatan dihospital....tapi dia taknak...apapun jadi biarlah kat rumah.. katanya..
Kesian tengoknya..tangannya membekak 2 x ganda dari yang asal..kalau nak bergerak..terpaksa ditampung...memang belas melihat keadaan dirinya.Kalau dulu...kami sama2 aktif..kami mengaji bersama di masjid,dan khatam ALQuran bersama,pergi buat memogram bersama ( kakrose dulu pun doctor kata ada simtom cancer dan dah pernah buang cist )melancung pun bersama..kami juga menunaikan haji pada tahun yg sama..walaupun pergi dgn package yg berlainan dan banyak benda yg kami lakukan bersama.Seingat kakrose..selama berkawan dgnnya,tak pernah sekali pun dia mengecilkan hati kakrose.
Lepas dengar berita..kakrose ke hospital Putrajaya..lepas berkompromi dgn jaga tu dapatlah masuk, walaupun bukan pada waktu melawat.Sedihnya..dia dah separa sedar..taktaulah dia boleh kenal kakrose ke tidak.Doctor mencadangkan nak buat pembedahan di kepala..kerana telah berlaku pendarahan diotaknya..tapi harapan 50/50.Selepas anak anak,adikberadik berbincang..tak jadi buat pembedahan tu..taktaulah sebabnya..keputusan di tangan suami..kesian katanya.huhuhuhu..kakrose sedih..
Lepas magrib tadi...kami beramai2 membaca surah yasin..dan selepas isyak kami solat hajat di masjid...mohon pada ALLAH semuga dia cepat sembuh..Amiin.

restoran soto seksyen 8

No comments :
Sarapan pagi kat restoran soto seksyen 8 shah alam. Ini soto yg kakrose oder dan kueh lopez ni kesukaan suami. Salah satu menu yg menjadi feberet akak.










aktiviti niaga

No comments :
Semalam balik dari hospital terus keKL..cari bahan untuk siapkan tempahan.Beli sekali barang2 yang di pesan seorang kawan.Kawan ni pun baru nak menjinakkan diri dengan hiasan gaya english ni..

Inilah barang2 yg kakrose jual..siap tolong display kan...table runner pulak tak sesuai..siap mengoder table runner baru dari kakrose...heheheh..ada masyuuuuuuukkkk..