*

Wednesday, 30 December 2009

selar masak kicap,sotong goreng tempura,sayur campur

Sepanjang minggu ni Oya cuti...nak habiskan cuti tahunan..bersambung ngan cuti awal tahun baru.Ada ramai kat rumah ni..seronok masak..sebab ada orang nak makan.Kadang-kadang cucu pun datang.Dia tak nak duduk di taska..bosan katanya.Makan ramai-ramai kan sedap..walaupun lauknya tak seberapa.Kalau dah ramai-ramai tu..buat cekodok manis pun boleh habis satu talam..


~ ikan selar ni..kakyon biasanya suka masak kari,masak tauchu,goreng berlada/sambal dan masak kicap ~
~ sotong goreng tempura..kalau tepung tempura takde..tepung gandum campur tepung beras pun jadi..hehe ~

~ kakyon dah biasa kalau goreng sayur pakai perencah ikan bilis atau sotong..ada anak yang alergik tak boleh makan udang.Sekarang ni tak payah susah-susah nak tumbuk ikan bilis buat perencah..pakai aje pati ikan bilis..semuanya senag dan mudahkan ~

No comments :

Post a Comment

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..