*

Tuesday, 1 December 2009

kemajlis kahwin..nak jumpa rakan blogger tak jadi

Hari sabtu lepas..kita dan papa pergi kemajlis perkahwinan anak adik tiri kita di felda Ulu Teberau. Lama sangat dah tak jumpa dia...anak pun sorang aje..jadi kenalah hadir juga..
Pagi-pagi pukul 8.00 dah keluar dari rumah emak. Hajatnya nak sampai seawal mungkin..dan bolehlah balik awal sikit.merancang juga hendak ke JB..bertemu rakan blogger. tapi apa yang di rancang semuanya tidak menjadi..
Bila dah berkumpul saudara mara..beramai2..macam2 cerita kita dengar dan dapat tahu. Rupa2 nya bapa saudara kita tengah sakit kuat. Jadi selepas makan..kami balik awal..sebab nak singgah rumah bapa saudara kita..di felda Taib Andak. jarak yang tak berapa jauh dari felda ulu teberau. Nampaknya janji ngan kakyah rakan blogger terpaksa di batalkan..kerana nak berpatah balik ke Pasir Gudang agak jauh. Apakan daya..kita hanya mampu merancang..tapi Allah yang menentukan.Harap dapat juga bertemu kakyah satu hari nanti...

No comments :

Post a Comment

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..