*

Sunday, 6 December 2009

Jumpa teman semasa haji

Salam buat teman bloger semua yang sentiasa sudi membaca coretan dan celoteh kita..
Sudah makan malam? kalau tengah makan..selamat menjamu selera di samping keluarga tercinta ye,atau pun ada yang tengah berkemas2..maklumlah esok hari isnin..minggu berkerja pun bermula..anak2 pun cuti sekolah.Untung kalau yang masih ada emak yang boleh tolong jagakan anak2 waktu musim cuti sekolah ni.Musim cuti sekolah ni..sama pulak dengan musim orang balik haji.Tentu lebih meriah suasananya...menunggu kepulangan sanak saudara yang baru pulang dari mengerjakan haji.
Cerita pasal haji ni..teringat kita masa mengerjakan haji pada tahun 2005-2006..bunyinya macam 2 tahun,sebenarnya 44 hari aje..dec 2005 - feb 2006.Tak dapat nak bayangkan perasaan kita masa tu..teruja sangat.Rasa takut bercampur gembira,gementar dan rasa berduka..semua ada.Kerana tuntutan rukun islam kelima..kita dan papa pasrah dan menyerahkan segalanya kepada yang Esa.
Alhamdhulillah..segalanya di permudahkan buat kami suami isteri.Semuanya berjalan lancar seperti yang kami inginkan.Kami pergi mengunakan perkhidmatan pakej Tabung Haji..dengan nama 'package firdaus'.tinggal di hotel Firdaus Mekkah..KT 75..Maktab 103..3-4 orang sebilik..jarak anggaran 80 meter saja dari masjidil haram..
Alhamdhulillah..kami juga diberi teman-teman sebilik yang saling memahami..seperti satu keluarga.Tanpa ada sedikit masalah pun..masing-masing tahu peranan masing-masing.Ada kala kami bergurau senda..ada ketikanya kami diam saja..melayan perasaan memasing..pendek kata..tak banyak kerenahlah..masing-masing macam dah tahu susunan jadual..seperti siapa nak kebilik air dulu..siapa nak basuh baju dulu..saling ingat mengingati.Paling seronok..bila waktu makan..selepas solat.Didewan makan..kami boleh berbual apa saja..termasuk isu-isu terhangat di M'sia waktu itu.Ada satu hari tu..kebetulan Dato' Sharizat Abd.Jalil makan di meja yang sama dengan kita..kami melihat di luar cermin dewan makan yang menghadap masjid dan jalan raya..ternampak sebuah van yang lalu..penuh dengan muatan manusia..sampai kebumbung.Papa sengaja melawak pada dato' Sharizat..kan bagus dato'..kalau kerajaan M'sia mengeluarkan lesen teksi/van yang tiada had penumpang..boleh bawak penumpang sampai naik kebumbung..tak banyak pakai kenderaan...takdelah masaalah trafik jem..hehehe..kami berderai ketawa.Dato' Sharizat seorang yang humbble.Seronoknya waktu itu..kita rindukan suasana seperti itu lagi.

******
Untuk N3 malam ni..kita baru balik dari menghadiri majlis perkahwinan anak teman sebilik kita semasa di Madinah..Hajah Salmah dan Haji Hasan di Sungai Besar Selangor.Kita janji dengan teman sebilik yang lebih rapat..Datin Sharifah...nak konvoy sesama.Seronok dapat jumpa semula teman-teman haji kita.Ingatkan dapat berjumpa dengan teman-teman yang lain..rupanya diaorang dah datang lebih awal..takde rezeki nak jumpa..insyaallah ada rezeki..pasti jumpa..

~ jejaka malaya..hehehe.cerianya mereka bertiga..yg kiri Hj. Hasan..yg kanan Dato' Zainal ~

~ belum posing betul2..dah tangkap..tu yang gambo kita tak cantik..kahkahkah..memang tak cantik pun..hihi.belah kiri Hjh Datin Sharifah..belah kanan Hjh Salmah,
kami sebilik semasa di Madinah~
gambar2 ni terpaksa di corpkan..malu nak tunjuk..sembang punya sembang..tak sedar pinggan penuh atas meja..hehehe..

~ gambar ni baru di kirim olih Hj Dato' Zainol..Gambar kenangan masa tengah sarapan di madinah ~
masa itu..tak terfikir hendak bergambar banyak waktu di Mekkah dan Madinah..sedangkan henpon pun ada camera..

No comments :

Post a Comment

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..