*

Friday, 6 November 2009

Set Cik Sakura

Salam kawan-kawan semua..semuga hari jumaat ini lebih memberi erti kepada kita semua..
Petang ini nak buat n3 pasal Cik Sakura.Set Cik Sakura ni kita dapat secara tak sengaja.Waktu kawan-kawan bloger lain sibuk hunting pinggan mangkok lama ni..kita wat tak kisah aje.Bukan tak minat..tapi dok pikir nak simpan takde tempat.Semua lemari yang ada dah di isi ngan pinggan mangkok moden.Bila jumpa cik sakura ni..kita pun beli,tujuannya nak jual..manalah tau kut-kut ada peminat yang nak beli.Banyak Org tanya..tapi pastu senyap aje.Masa sibuk2 nak pindah rumah ari tu..kita membongkar balik pinggan mangkok tu..dalam hati dok pikir..kalau ada tekonya..bagus juga..boleh kita guna sendiri.Puas juga bertanya dan berpesan..tapi takde jawapan..kekadang tu terlambat..orang lain dah rembat..heheh

Kata orang kalau belum ada jodoh..cari macammana pun tak akan jumpa.Kalau dah sampai jodoh..kita acah2 pun jadi..

Tak lengkap lagi set Cik Sakura kita ni..nak tunggu pinggan bujur atau apa-apa lah yang boleh melengkapkan lagi keluarga Cik Sakura ni..

~ pinggan lama ni..rasanya lebih berseri kalau diletakkan dalam lemari antik ~

Teko kangkong ni letak dulu kat situ..sementara menunggu sedara maranya sampai dari rumah lama..

2 comments :

  1. Salam kak rose,
    Inilah cawan sakura yang saya nak pinang dulu kan kak..Cantik dah jmp emaknya

    ReplyDelete
  2. w'salam Aton,
    ha'ah nilah cawannya.Masa ton pinang dulu..akak tak lepaskan.Alih-alih ton pulakan yang carikan jodohnya..hehe

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..