*

Monday, 2 November 2009

rakan maya

Assalamualaikum kawan-kawan dan pengunjung semua.Beberapa hari kebelakangan ini..kita agak sibuk sikit.Kawan-kawan dan jiran-jiran dirumah lama..penuh dengan aktiviti.Kenduri kawin dan majlis meraikan kawan-kawan yang nak ke Mekah..malah sambungan rumah terbuka raya pun masih berlangsung ditaman perumahan lama..tapi digantikan majlis doa selamat tahlil..
Kat rumah lama ni kita pakai celcom broadband aje..punyalah lambat..nak bukak satu-satu page tu..sempat tidurlah..sabor ajelah..
Nak wat n3 pasal ape ek..kalau nak ikutkan..banyak juga cerita ni..tapi kita nak cerita pasal kunjungan kita ke rumah rakan maya kita yang bernama Aton.
Hari tu kita dapat call dari aton.Aton bagitau pasal kedai jual teko2 idaman kita yang ada kat kampung dia.Kita pun
dengan serta merta berkejar kekedai apek tu.Tengok2 adalah 2 ketul teko idaman.kita rembat semuanya..
Janji dengan Aton..nak singgah kerumah dia.Lagi pun aton nak beli rak yang kita jual.Alang2 dah nak kesana..kita bawak sekalilah..
Tak susah nak cari rumah Aton..sbb papa dah biasa kat tempat tu.Dulu zaman belum merdeka..dia dah pernah duduk kat situ bersama ibu angkatnya.Seronok berkenalan ngan family Aton..suaminya cool aje..
Kalau nak cakap pasal koleksi pinggan mangkok lama ni..Aton ni dah di kira otai jugak.Banyak sungguh koleksinya.
Aton! terimakasih di atas layanan Aton dan suami.siap buat minum petang lagi.Harap lain kali Aton datang rumah kita pulak ye..mengeratkan lagi ikatan silaturrohim..


~ oleh kerana tergamam dapat teko aladin kangkong dari Aton..bukan hati aje yang kembang... badanku pun jadi kembang kegirangan..hihihih ~

~ sebahagian koleksi Aton..kat tingkat almari tengah tu..koleksi set sakura Aton..mengancam jiwaku ~

~ teko cik sakura gempal yang kita rembat ~

~ teko aladin kangkong tu dari Aton...yang sakura tu beli dari kak fauziah ~

2 comments :

  1. Salam kakrose...
    Org ada kwn maya baru, tak ingat kita dah! nak merajuk ni....

    ReplyDelete
  2. w'salam,
    hehehe...fibie,jangan merajuk..jauh..takleh nak pujuk..ingatlah..mana bleh lupe..karipap sadin..bila boleh merasa lagi..

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..