*

Friday, 13 November 2009

Nawaitu..

Assalamu'alaikum...dan selamat pagi jumaat kepada pengunjung semua.Semuga hari jumaat ni lebih memberi keberkatan kepada kita semua.

N3 pagi ni nak sambung n3 malam tadi..tapi bukan berkaitan dengan pelangan..tapi nak cerita pasal kenapa kak buat biz online ni.
Akak sejak muda(anak-anak masih kecik)memang dah biasa berniaga kecil-kecilan.Walaupun berkerja..akak ambik masa berniaga jugak.Kalau direct selling ni...dari direct selling pertama..jenama fortis pastu amway dan macam2 lagi..semua kak buat.Dari tempahan menjahit langsir..jual kueh tepi jalan..jaga anak orang..sampai buka taska...semua kak buat.Cuma kak tak buka kedai..sbb suami kak ni..tak suka duduk diam..suka nak jalan-jalan.kalau buka kedai..sapa pulak nak tunggu..dengan niat nak meningkatkan taraf hidup akak, suami dah anak-anak.Kami ni bukan dari keluarga orang senang..kami anak orang kampung..yang takde apa-apa..harta dan pelajaran jauh sekali.Alhamdhulillah berkat berniaga ni..tak banyak..sikit pun mesti ada untungnya.kak buat semua tuh dengan ikhlas hati..
Alhamdhulillah..dengan berkat kesunguhan kami..di usia akak camni..adalah kelapangan sikit masa untuk akak buat perkara yang menjadi kesukaan akak.Berniaga dah sebati dalam diri akak..cuma tenaga yang membataskan semuanya.Nak berjalan kerumah kawan-kawan pun dah malas..walau ada banyak permintaan ( malas nak kutip hutang).Cara terbaru berniaga online.

olih kerana dah minat berniaga..kak cuba juga.Alhamdhulillah..dapat juga mengisi masa lapang..kalau tak bosan jugak..


Bila terfikir..banyak risikonya berniaga online ni..akak dah pasang nawaitu..kalau terjadi sesuatu pada akak..dalam proses jual beli ni.

1. Akak lebih suka pos brg dulu..dah pos baru akak beritahu..boleh masukan duit.Sebab akak taknak bila org dah bayar..barang pulak akak tak boleh poskan di sebabkan masaalah kesihatanke ape ke..taknak nnti pelanggan marah..dah bayar ..barang tak dapat.Akak pulak jenis tak suka menyusahkan org lain.Lagipun masa tuh anak2 masih belajar..

2.Bila dah pos..kalau terjadi sesuatu pada akak..pandailah pelanggan tu nak masukkan bayaran..sbb nama ,no acc bank,no tipon semua dah sedia ada di kedai maya.Kalau tak nak bayar jugak(kalau waktu tu akak dah takde..suami dan anak2 tak tahu pun nak uruskan camna) akak halalkan saja..tak nak kena jumpa dia nanti di akhirat..sbb dtg nak bayar hutang..

Itulah sebab..kalau kawan-kawan yg dah biasa dengan akak..akak tak kisah pos barang dulu.Kalau pelanggan baru..kena ikut naluri jugak.Alhamdhulillah..ramai yang jujur dan baik hati..walau pun tak beli barang ngan akak..kita masih ber sms dan berkawan cam biasa..itu yang akak kata ..duit bukan segalanya..budi bahasa yang di kenang juga..
nak kuar plak..nnti sambung..
Sambung balik..
Dah takde idea nak tulis pulak..lepas makan..apelagi..mata pun dah nampak bantal..tunggu nak solat..pastu bubumlah jawabnya..tahap celcius kemarahan pun dah menurun.. wasalam

2 comments :

  1. salam kak yon...
    alhamdulillah berkat hari jumaat darjah kemarahan akk pun dah turun yea lah masa kita mula2 diuji..kekadang kita tak blh nk kwal kemarahan kita kan kak ina pun mcm tu..menyirap je darah syaitan pun masa tu lah nak pasang jarum tapi bila kita tenang2 kan diri muhasabah kita rasa ok kembalikan kak dan rasa redha..
    biar Allah saja yg bls pada org yg mcm tu...sama2 kita berdoa agr dia di beri keinsafan agr tdk menganiaya org lain plk...dan mencari hikmah dr allah pada setiap kejadian itu...

    wallahualam..


    yg baik itu dr allah manakala yg buruk itu dr kelemahan diri ina sendiri..

    ReplyDelete
  2. W'kumsalam ina..
    tulah pasal ina..bila kita 2-3 hari ym dan sms..tak berjawab..tahap darah dah takat maximum dah.selepas lepaskan apa terbuku di hati..baru rasa lega sikit..dan dah lupakan...

    Terimakasih ina..memang akak redha dgn semua ini.harap biar dia insaf dan tak buat kat org lain plak..

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..