*

Monday, 23 November 2009

Makan apa hari ini..

Menu makan tengahari

Olih kerana semalam dah makan yang berat-berat..hari ini makan yang ringan-ringan aje..nak seimbangkan diet..hehhe
Apa yang kita masak..mee yee goreng kosong.Didihkan air..taruk sedikit garam..celor mee yee secukupnya..utk 2 orang makan..pastu toskan.Titik bawang putih..tumis..masukan sayuran..apa2 sayur yg ada dlm petiais.Kali ni kita masukan kacang boncis dan sawi bunga..cili merah potong..kalau suka pedas taruk cili api...tumis sampai sayur masak.Kalau ada sotong,udang atau fish kek dan fish bol pun boleh.Tapi kita tarok telor aje..tumis semua sampai masak..pastukan masukan yee mee..sedikit pakaji..tambah sedikit air..tumis sampai masak..


menu makan malam pulak..Sup kepala ikan merah..
Basuh ikan dengan asam jawa atau limau nipis.Bawang merah,bawang putih,halia,lada hitam di tumbuk lumat.Tumis k.kayu manis,bunga lawang dan pelaga..masukan bahan2 yg di tumbuk...masukan satu sudu rempah sup adabi..tumis sampai wangi..masukan air secukupnya.Air dah mengelegak masukan ikan..biar sampai masak..masukan tomato yg di belah empat.dah masak tabur bawang goreng dan daun sup..

No comments :

Post a Comment

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..