*

Wednesday, 18 November 2009

Katak Dalam Cermin



Salam sejahtera..
Pagi ni nak cerita pasal pergi makan kat jeram hari minggu tu.Papa meraikan pekerja-pekerja kami.. yang telah banyak membantu dlm perniagaannya.Papa juga mengajak seorang kawannya join sekali.Bukan nak cerita pasal makanannya..tapi nak cerita pasal 'Kawan papa punya cerita'

Kisahnya..Dia berkerja dengan satu syarikat..yang di monopoli olih warga asing..dan pengurusannya di kendalikan olih non bumi.Dia menjawat jawatan penting juga dlm syarikat tu.Dia dah merasa bosan berkerja kat situ..kerana dia hanya jadi syarat kouta bumi aje.Walau pun bosan dia tak terfikir lagi nak cari kerja kat tempat lain..memandangkan tempat kerja pun dekat dgn rumah..pendapatan pun agak lumayan juga..pendek kata tak payah susah2lah..

Di pendakkan cerita..kawan papa ni kata..'ala En Saleh..saya ni ibarat macam..KATAK DALAM GELAS(kaca)'..tak boleh wat ape-ape..hehehhe

Kita pun membayangkan..
Bagaimana kehidupan saekor katak didalam gelas/kaca ek? kalau dalam tempurung..dah memang gelap..tak nampak ape-ape..

Tapi kalau dalam kaca..cuba bayangkan.Dia nampak semua yang ada kat luar.Setiap makhlok yang lalu lalang..apa yang berlaku..dsb..Tapi sayang..dia tak boleh nak buat apa-apa..
Apa yang boleh dia buat..hanya lah berbunyi..mencari perhatian..supaya orang memandang kepadanya.Kadang-kadang pun suaranya seperti tak ikhlas aje..sbb..kekadang nyaring..kekadang lembut..kekadang sumbang..apa2 ajelah..




wassalam..

No comments :

Post a Comment

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..