*

Sunday, 8 November 2009

marhaban berendoi disana sini...

8/11/09
Selamat malam teman-teman semua..tentu dah makan malam..dan sedang bersantai bersama keluarga..semuga semua berbahagia..

Gambar ni dah kuar semalam..baru malam ni nak wat ceritanya...sbb semalam dah ngantuk sangat. Jadi malam ni..sambung balik...

Bukan apa sangat pun ceritanya..saja2 nak cerita.Nampaknya dah nak akhir tahun ni..setiap minggu penuh dengan jemputan marhaban untuk majlis khatam alquran dan majlis potong jambul dan bacaan yasin. Majlis2 utk meraikan kawan-kawan yg nak keMekah dah selamat di sempurnakan dan alhamdhulillah semua kawan-kawan telah pun berangkat keTanah suci. semuga mereka semua dapat mengerjakan ibadah haji dengan sempurna..dan mendapat haji yang mabror..amin

Nak cerita sikit tentang kumpulan kami ni.Kumpulan kami ni di tubuhkan pada tahun 1987..masa tu kami ni semua muda2 lagi..hihihi..
pada mulanya kumpulan ini di tubuhkan olih ahli jawatan kuasa KEMAS kat taman perumahan kami. Cikgu KEMAS ni yang memberi galakan supaya diwujudkan satu kumpulan marhaban..supaya kalau ada majlis2 yg berkaitan..tak payahlah nak cari kumpulan dari luar.Dalam kumpulan AJK kemas tu..adalah dua org warga Johor..Ustazah Rogayah ( masa tu belum ustazah )dan sapa lagi.. kalau bukan ahkak..hehheeh.Rasanya..orang Johor kalau tak boleh baca rawi..malu ekk..mesti boleh baca..walau pun sikit2..
Bila cikgu KEMAS tanya..sape boleh baca rawi( berzanji)kami berdua angkat tangan..ekekek..cam budak sekolahlah.bak kata budak2 sekarang ni..poyo aje!

Mulai dari saat situlah..kumpulan kami ni berkembang..ketuanya silih berganti..macam2 kontravesi..macam2 halangan...pernah terbahagi dua(cam parti politik pulak)akhirnya kumpulan penentang dengan sendirinya hilang..kami masih teguh berdiri..memenuhi dairi..sebagai pembaca rawi/ berzanji, berkhidmat pada masyarakat setempat,memenuhi undangan dari kerabat dan orang berpangkat dan koperat.Hanya itulah saja kebolehan yang kami ada..untuk diwarisi kepada generasi muda..
Kami sering juga masuk pertandingan..dan pernah beberapa kali menang pertandingan.
biasalah setiap kumpulan ahli dan guru sering bertukar ganti. yang penting ilmu yang di pelajari di menafaatkan untuk kebaikan bersama.

 ~ ini majlis cukur rambut anak seorang pengusaha saloon..sahabat kepada pn sosilawati ~


********

pada sebelah petangnya kami ke majlis cukur rambut cucu Raja Azizah..kawan/ahli kumpulan kami..

No comments :

Post a Comment

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..