*

Monday, 26 October 2009

patchwok

Semalam Illa ajak kita ziarah ke rumah kakak iparnya..Puan Rozie..di bandar Sri Damansara.Aduhai..cantikya rumah dia.Oleh kerana dia tinggal lama di Pekhancis ..gaya hiasan dan keemesan rumahnya pun ala-ala orang pekhancis..
Puan rozie ni rajin menjahit patchwok..banyak sunggoh koleksi dia..chantik-chantik..dari sekecil placemat..sampai sebesar cadar semuanya di jahit tangan. Kagum sunggoh kita, dengan kerajinan dan kesunggohan dia menjahit dan senitangannya yang halus.Tabik spring betul kita kat dia.ada banyak gambo yang kita ambik..tapi tunjuk sikit aja ye..yang lain untuk simpanan sendiri..manalah tau..sok2 kalau nak buat ..boleh buat rujukan..



~ yang ni..kita suka sangat..sejuk aje mata memandang ~


~ Yang ni..kata rozie hadiah dari kawan dia..placemat yang di jahit tangan sepenuhnya..placemat ni sangat praktikal..kata rozie..buatlah lapik apapun..kalau kotor senang nak basuh..

No comments :

Post a Comment

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..