*

Friday, 23 October 2009

Majlis Khatam Quran

Salam semua..n3 lari sikit dari yg kita war-warkan.
majlis ni..di rumah Puan Aida dan Cikgu Zul..sempena keberangkatan mereka ke tanah suci Mekah untuk menunaikan haji.Kebetulan Aida dan dua orang kawan kami..sama-sama telah khatam Quran.Ustaz kami menyarankan..diadakan sekali majlis khatam quran pada malam itu.Majlis berlangsung..dalam suasana tenang sekali..dan ramai tetamu yang hadir.
Buat pengetahuan kawan semua..kami telah berguru mengaji alQuran secara sanat.Maksudnya..kami belajar mengaji..secara berguru..dari mula sampai habis...dengan satu guru aje.Guru kami( Ustaz Imam Sauqi )pulak berguru dengan anak murid ( tak tahu nama dia ) kepada Ustaz Hassan Azhari.Jadi..bila kami dah Khatam nanti..kami boleh mengajar secara sanat..dan mengikut cara guru kami mengajar..dan mendapat surat tauliah dari Ustaz Hassan Azhari sendiri..
Mengaji secara sanat ni..makan masa bertahun-tahun.Maklumlah nak betulkan makhraj,hukum tajwid dan banyak lagi.Ada yang sampai 7-8 tahun baru khatam.Kita dah ikuti selama hampir 4 tahun..baru dapat beberapa juzuk saja ( banyak ponteng kelas )
Ini dah tahun ketiga..kami mengadakan majlis ni.

~ hajjah Cik Yah..puan Aida..hajjah Hapipah..orang yang di raikan ~


Add caption
~ bergambar kenangan..bersama Ustaz Imam Sauqi ~
Add caption

No comments :

Post a Comment

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..