*

Thursday, 22 October 2009

Koleksi Pinggan Lama

Selamat tengah hari kawan-kawan maya dan pengunjung semua..yang selalu sudi ziarah kerumah maya kakak ni.Semuga kalian semua..di rahmati Allah..Amiin..
Mulai hari ini..kita nak buat n3 pasal pinggan mangkok yang ada dalam simpanan kita.Tak kiralah..samada dia dah antik ke..atau masih baru ke..kita masukkan sekali.Boleh buat rujukan..dimasa akan datang..manalah tau kut2..tetiba hilang dalam simpanan..boleh ingat balik apa yang kita ada.Kita buat ni melalui pengalaman..banyak pinggan mangkok kita yang hilang..maklum..bila kenduri kendara..ada orang yang bawak balik makanan..tanpa pengetahuan kita ( kat rumh lamalah ni )pastu tak pulangkan.Nak kata pecah..jarang org dalam rumah ni nak pecahkan pinggan mangkok.
Seingat kita..memula kawin dulu..tahun 70an..set pinggan pertama yg kita beli ialah jenama DURALEX.masih ada lagi..tapi tak cukup korumlah.set BUNGA KANGKONG( bayar hutang )ambik kat kedai apek..yang ni hantar ke kampung..bagi mak..tapi sekarang ni dah sapan..hehehe
Nnti kemas2 boleh snap gambo

Set keduanya..mengumpul set FYREX JUNE ROSE, WEXFORD..main kutu2..dan ada yang bayar secara ansuran.cukup satu set complete.

Set ketiga..set corelle bunga sayur..
Set ni beli ngan sepupu kita yang baru balik dari belajar kat UK.Kebetulan dia beli lebih..jual kat kita satu set.Masa tu takde lagi kat pasaran M'sia.Sekarang ni dah melambak2..orang pun dah tak nak beli..yang tiruan pun banyak..hehehe
Corelle bunga hijau kecik2 pun beli dengan dia..
Akhir tahun 80an..kita mula mengumpul pinggan mangkok balik.jenama seperti acopal, acoroc,melamin bermacam2 corak..memenuhi almari dapur.Oleh kerana asik pindah randah aje..banyak yang hantar kekampung..ada yg hilang dlm simpanan..

Sekarang ni teruja pulak nak kumpul pingan lama..macam kawan-kawan kat maya ni.Setakat ni.. ini saja yang ada dalam simpanan kita..harap-harap lain kali dapat kolek lain-lain bunga pulak...hehehe

2 comments :

  1. Cantik la pulak bila nampak dlm gambar pinggan-pinggan lama tu.Kat kg rasanya masih ada banyak.China made.Rasa teringin lak nak wat koleksi.

    ReplyDelete
  2. salam ida,
    terimakasih beri komen..
    kakrose pun baru aje mengumpul dikit-dikit..tu pun terpikat sebab selalu melawat blog kawan-kawan kat maya ni..seperti Yatt,mat gebu,sue antik dan ramai lagi..
    Kedai-kedai antik pun banyak..tapi nak cari rega yg mampu belila...hehe..

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..