*

Sunday, 11 October 2009

jelajah raya di taman perumahan rumah lama kita..

Assalamualaikum kawan-kawan semua..semuga dalam keadaan sihat sejahtera dan gembira disamping keluarga tercinta.Lama kita tak buat n3..disebabkan sibuk dengan urusan keluarga dan memenuhi undangan rumah terbuka raya.Macamana dengan kawan-kawan semua..masih lagi dalam mood rayake?

Berkenaan jelajah raya kita..dari minggu lepas lagi kita dan kawan-kawan kat taman rumah lama kita mengadakan majlis makan2 dan barakan.boleh dikatakan setiap malam kami berbarakan..kecuali malam jumaat,sabtu dan ahad.sepanjang minggu kita tinggal kat rumah lama kita.jarang dapat masuk rumah maya kita ni..celcom broadband ni pulak lembab sangat..buat hati ni jengkel aja...heheh

Sepanjang jelajah kita..tak banyak gambo yg kita ambik. kadang2 tertinggal kamera..kekadang rasa malu pulak..sbb dah kena tegur..kau ni..asik ambik gambo aje..gambonya mana?
hehehe...nekcik oii..larr ni org tak pegi cuci gambor lagi dah..org ambik gambo terus tepek dlm laptop...agak2 nak mencapup..tepek pulak dalam blog..bukan takat sedara mara aje yg tengok..satu malaya nek oii..nengok..bahkan saantero dunia..hehehhe..

Tahun ni..nampaknya resepi pilihan diaorg ialah jeli kelapa muda.Banyak rumah yang menghidangkan puding ni.Kita pun sempat juga mintak resepinya.
Bila kelapangan nanti kita tepek kat sini ye...



~ jam antik rumah Ton/abas..mencuri perhatian kita.Menurut kata tuan rumah..jam ni di beli di memory lane Ipoh..beberapa tahun dulu ~


~ cikgu zul sibuk melayan tetamu wanita..yang di hulur tu.. jeli kelapa mudalah..hasil tangan Aida ~


~ inilah kumpulan barakan kita..walau pun duduk dibandar..kami masih mengekalkan cara kehidupan seperti dikampung..sentiasa bergotong royong dalam apa-apa majlis..kenduri kawin..dsbnya.Olih kerana tuan tanah ni yang mengambik gambo..tinggal begnya aje yang bergambo..heheh ~

No comments :

Post a Comment

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..