*

Monday, 12 October 2009

giliran kita pulak..

Selamat malam kawan-kawan semua..rajin nak wat n3..esok nak wat makan-makan.kawan-kawan barakan nak datang..dok pikir-pikir nak masak apa ye.ingat nak masak soto,oder satay,wat salad buah-buahan, puding..dah cukuplah..masak banyak pun bukannya habis..hehe

Ronda-ronda blog kawan-kawan..singgah rumah kakyah..tengok menu dia ..cam terliur pulak..tapi tak dan nak oder lontong..lagi pun  tengah rebus nasi impit ni.Jadinya esok nak masak kuah lontong,udang masak sambal berempah dan masak puding ( tak terpikir lagi puding ape ) masak ringkas2 aje..

~ nasi impit pun dah masak ~
sambung...

Alhamdhulillah..dapatlah kita masak-masak seperti yang di rancang.Walaupun badan cam tak berapa sihat aje..tapi seronok menyediakan juadah yang tak seberapanya.Papa pulak rajin tolong kedapur..agaknya dia semangkin paham kemampuan tenaga kita.Kalau dulu-dulu..dia kurang berminat kedapur..nampaknya sekarang dah berubah..walau pun terkial-kial..banyak tanya itu..ini..( kekadang angin monopos kita naik juga..heheheh) tapi seronok..bukannya ape..sekurang-kurangnya bio dia tahu..betapa susahnya menjadi orang dapur..
Jangkannya dalam 20-25 orang aje yang akan datang..tapi rupanya..alhamdhulillah..60 orang yang datang.Tak menang tangan kita , nora dan oya melayan.Nasib baik kita saja-saja masak lebih..kut-kut tah habis boleh diaorg bawak pergi ofis.lagipun masa oya balik dari opis..pesan kat dia..suh beli ayam mas..saja standby..kut-kut tak cukup makanan..bolehlah hidangkan.alhamdhulillah..semua habis.
olih kerana Imam pun datang..diaorg pun buat bacaan doa selamat dan tahlil sekali..dan meraikan dua pasangan.. kawan kita yang nak berangkat ketanah suci mekah..Syukur sesangat..perkara baik yang tak dirancang..berlaku kat rumah kita..semuga rumah kita dan seisinya sentiasa mendapat keberkatan dariNya..Amiin..
Berbalik pada masakan yang kita masak..tak sempat nak mengambik gambonya..ada gambo masak sambal udang berempah aje..hehe..



~ inilah kawan-kawan kita..ni edisi tunjuk kawan ke..tunjuk rumak..ekekeke ~

~ sebahagian tetamu lelaki yg berkonvoi..10 buah kereta ~


~ pasangan masing-masing..kawan-kawan kita ~

~ tak cukup tempat..kat tangga pun jadilah ~

~ yang baju biru tu..penganti arwah kawan kita yang meninggal sakit kanser..cerita-cerita ada di posting kita yg lepas. rumah-rumah lain dia tak ikut..rumah kita dia datang pulak.Walau hati masih sebak..namun kita mengalu-alukan kedatangan dia..bak kata owang putih..welcome to the club..heheh speking london nekcik ni..hihihi ~

~ nek lili dah fobia..bila tengok kita pegang kamera..hihi ~

~ hi nek delima..menong sorang-sorang..yg lain rancak berborak ~

~ hi Am..awak sorang aje duk atas..yang lain duk bawak..orang tua-tua kata tak baik tau..orang muda duduk lebih tinggi dari orang tua..hehehe ~


~ lepas makan..biasalah ..yg "you don break my heart "duk sembang kat luar..yang lain sembang kat dalam ~

No comments :

Post a Comment

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..