*

Friday, 11 September 2009

Sambal Ayam Berempah

Salam semua..n3 hari ini.. masak..sambal ayam berempah.Sejak baik demam ni..nak makan pedas2 pulak..semalam sambal..hari ni sambal lagi..tapi lain sikitlah..nak resepinya tak? simple2 aje..
- ayam 8 ketol..goreng garing atau ikut suka
- sebiji kentang..potong serong2 dan goreng
- lobak merah..potong serong2 dan goreng
- 9 biji cili merah ( kita guna cili kulai..cili ni tak pedas..rasa pun lebih sedap..sesuai untuk anak2 yang tak suka makan pedas )
- 3 biji cili api ( kalau tak nak pedas jangan tarok )
- 2 labu bawang besar..1 potong bulat..1 biji lagi blend
- 3 ulas bawang putih
- 1 inc halia muda
- 2 sudu makan serbuk kari
- 2 sudu makan kicap ( kalau guna kicap manis..tak payah tarok gula )
- 1 sudu teh gula
- beberapa pelepah daun kari
- sebatang serai di titik
garam .pak aji..kalau suka..heheh secukup rasa...
Blend cili-cili,bawang besar,bawang putih dan halia.Tumis dengan minyak secukupnya sampai garing...masukan serai..rempah kari...daun kari..dan kicap...garam dan pakaji.last sekali masukan ayam,kentang,lobak merah dan bawang..kacau..dah sebati...angkat dan hidang.
Masakan ni tak payah tarok air..dia kering aje.Boleh juga makan dgn nasi impet dan ketupat..



No comments :

Post a Comment

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..