*

Wednesday, 19 August 2009

saja saja nak cerita..part 1

Pagi tadi balik kampung..nak jumpa emak...maklum nak menyambut bulan puasa ni...mencukupi keperluan hariannya..semasa menyambut puasa nanti.

Sebelum sampai kampung..singgah pekan Tangkak dulu..nak makan masakkan asam pedas ikan parang...di bas station.Masakan asam pedas nya memang sedap. Boleh dikatakan setiap kali balik kampung ..mesti singgah makan dulu kat situ...orang pun sentiasa ramai...macam2 jenis masakan ikan ada..tapi kita suka asam pedas ikan parang.

Sampai sana..tutup pulak kedai tu..agaknya hari ini dia cuti.Olih kerana dah lapar..makan ajelah kat kedai sebelah tu..sedap jugak masakan asam pedasnya...

Lepas beli barang keperluan rumah ntuk emak..singah kejap kat pekan Muar...beli kopi cap 434 yang menjadi faveret kita dan papa. Kalau bulan puasa...waktu bersahor..mesti nak pekena air kopi ni.Rasa cam tak lengkap aje..kalau takde air kopi..

No comments :

Post a Comment

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..