*

Sunday, 30 August 2009

e-mail..


Beberapa hari lepas,kita dapat email dari seorang sahabat maya.Email berkaitan aktiviti poco-poco yang sangat popular sejak kebelakangan ini.Terimakasih kerana ambil tahu aktiviti kita..dgn membaca blog kita...dan mengirimkan email tersebut.

Sebenarnya kita tak tahu yang tarian poco-poco tu..seperti yang ditulis dalam email tu.Tetapi naluri kita.. mengatakan tidak mahu/rasa berat hati nak menarikan tarian itu.Kita hanya sempat melakukan tarian tu untuk beberapa sesi sahaja.Sesi2 seterusnya..kita tak ambil bahagian pun..sehingga cd player tu rosak..aktiviti tu pun terhenti.

Kalaulah kita tahu awal2 lagi..kita takkan buat aktiviti itu..na'uzubillah...
Semalam kita beritahu menantu..mengenainya.Dia pun dah tahu...dan takan menyertainya lagi..

Berkenaan dengan menari ni..sesiapa yang nak turunkan berat badan..rajin2lah menari..kerana peluh keluar dengan banyaknya..di samping kita boleh enjoi dan releese tension..tapi menari secara berkumpulanlah..bukan menari sorang2...heheehe..

No comments :

Post a Comment

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..