*

Tuesday, 16 June 2009

barang lama

Hari ini temankan papa pergi kerumah pelanggannya, di Kelana Jaya.Rasanya lama aku tak kesana.Awal 80an dulu aku tinggal di sana..rumah aku betul2 bersebelahan dengan Komplek Tabung Haji.Waktu musim haji..riuh rendah depan rumah..tempat orang ramai parking kereta..malam pun tak nyenyak tidur...
Rumah pelanggan papa ni dekat pulak dengan rumah baby setter aku dulu..Aku panggil dia kaknor.Lama tak jumpa kaknor..last sekali jumpa dia masa aku nak pergi haji tahun 2005.Sudah hampir 4 tahun tak berjumpa..banyak perubahan berlaku pada diri kaknor.sejak kematian suaminya..dia sering sakit2..sehingga tidak boleh berjalan..dan terpaksa duduk di kerusi roda.Sembang punya sembang...terkeluar cerita pasal beli pinggan mangkok..
Hah! nilah dia hasil persembangan kami..hihihi...banyak sungguh pinggan mangkok lama kak nor...penuh satu almari jadi tempat beradu cikpas ngan cikcak....Aku pun tangkap gambo aje..ada tanya kaknor nak jual ke..dia kata..kalau ada orang nak.. dia nak jual..
Olih kerana ..aku ni bukanlah collector antik yg tegar...setakat pandang ajele..hihihi..








No comments :

Post a Comment

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..