*

Friday, 12 June 2009

Makan malam anak beranak..

Hari ini tak pergi mana2..nak masak buat majlis kecil2an di rumah..sempena harijadi suami tersayang pada 9hb lepas.Macam biasa anak2 sahaja yang berkumpul.Maklumlah kami ni keluarga kecil sahaja..tak ramai saudara mara..adik beradik pun dah jauh..
plannya nak masak rendang ayam,sup ayam ginseng,sambal petai ikan bilis,goreng fish nugget itu aje..
Konon2 nak ambik gambar..semua masakan..last2 sempat ambik gambar satu jenis masakan aje..penatlah dan lambat nak siap nanti..maklumlah aku sorang aje yang kedapur..hehehe
Nora datang bawa yongtaufu sup..lla pulak bawa kek..oya balik bawa buahan dari ofis.hari ini ofis dia ada jamuan..tak habis makan dia tapau bawa balik..dah cukuplah tu..

Inilah dia rupanya rendang yang aku masak...

Lebur semua bahan2 kisar dalam kuali bersama santan kelapa, kecuali ayam,santan kotak, daun2 dan asam keping.Bila kuah separuh pekat..masukan bahan2 yang tinggal tadi.masukan juga santan kotak.kacau sampai pekat dan kering..

Inilah ramuan yang aku gunakan..terlupa nak tunjuk..rempah kari..dua sudu makan,pak aji,santan kelapa dua bijik,santan kotak m&s( iklan percuma )dan sedikit serbuk kunyit..



Ayam dilomor dengan sedikit garam dan kunyit dan digoreng separuh garing..

Dua ekor ayam..asingkan bahagian yang bertulang..nak masak sup..

No comments :

Post a Comment

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..