*

Tuesday, 19 May 2009

tag dari fibie


fibie nnti kak buat buat ye...amik masa sikit..hehehe
1. Copy badge "2008 Cute Blogger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda.

2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.

Fibie/Zana ni..aku kenal masa ralit berforum di wanita melayu s'pore..dari situ..kami selalu bertegur sapa..dan bersembang.Disebabkan kesihatan aku dan kesibukan aku waktu itu..yang tak mengizinkan aku kerap berforum..maka aku jarang2 masuk forum..maka terhentilah hubungan kami.Sehingga pada satu hari aku terima call dari mamijarum...yang kawan2 dr s'pore nak datang kl..nak bergeder2..maka aku pun menawarkan diri..rumah aku jadi tempat lepak2.Tak sangka Fibie pun ada..heheh..comel aje orangnya..raut muka nmpk pendiam..tapi peramah.Fibie bila nak bergeder lagi.Kalau balik semenanjung singahlah rumah akak ye..

3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya.. (anda di-tag!)

3.1 hobi aku ni tak menentu...susah jugak..sebab berubah2 mengikut tahap umo..yg pasti menghias rumah jadi no satu..sbb dr dulu sampai sekarang tak berubah.

3.2 menjahit..bila dah naik gila menjahit..sehari boleh siap langsir satu rumah...hehehe..bayangkan ada 12 tingkap..satu sliding door.sampai papa pun penah cakap..mama kau..kalau menjahit macam takde hari esok..hihihi

3.3 menyanyi..jangan tak tau..aku pernah jadi anggota kugiran masa kat kampung dulu..jadi rebutan lagi..kihkihkhi.tapi sekarang dah sedar diri..nyanyi lagu2 nasyid dan marhaban aje yang sesuai usia..kadang2 karaoke juga ngan papa dan anak gadisku..
Papa ni pulak..boleh nyanyi lagu2 Tan Sri P.Ramli aje,jadi.. aku terpaksalah jadi saloma...hahaha

3.4 mengumpul barang2 kecik..yang comel2...

3.5 mengumpul beg2 kertas dari pelbagai jenis kedai..

3.6 mengumpul botol syampoo dan lotion dari hotel2 yang pernah aku huni..dah jadi 3 bakul penuh.lepas ada satu kejadian yg pelik berlaku..aku buang semua..dan sekarang tak berani ambik lagi...

3.7 Ini cerita dulu..memandu laju..kahkahkah..cam tak percaya ek.Ini kisah benar tau.Aku pernah drive kereta kancil..dari shah alam.. ke muar cuma 2 jam sahaja tau...pernah merempit (dulu takde istilah ni)hihihi..di sebabkan orang tu mencelok aku..sampai anak aku kecut2 perut...sib baik tak apa2...sekarang tak lagi..bila sesekali memandu tu berangan jugak...hahahah..

3.8 Memasak.hobike ni..bukanke kewajipan,nak bagi semua orang makan sedap..

3.9 Biasalah orang perempuan ni..suka kumpul brg2 peribadi..entah ape2 aje..semua di kumpul..beg, kasut,botol minyak wangi..kadang2 beli bukan nak pakai minyaknya..tapi hendakkan botolnya,payung,pingan mangkok toksah cakaplah..berdozen2..

3.10 dah kehabisan hobi..hehehhee...

4. Anda perlu memilih 5 penerima tag seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.

penerima tag seterusnya ialah..sape ek.
tengok dulu ..sape yang kena...

penerima seterusnya...

1. Azah
2. ummie77
3. fawa
4. mrsnor
5. suhaila
6. ayu

1 comment :

  1. amboi kakrose.....merempit jugak ke dulu2?

    good job kakrose....sporting pula tu.

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..