*

Wednesday, 8 April 2009

Sayang kereta aku...

Mulanya geram...kereta aku elok2 parking depan rumah kena langgar belakang.Yang aku pun tak rasa nak marah kat budak yg langgar tu...tapi timbul kesian pulak.Papa ye..ye..marahkan budak tu..sampaikan aku pun kesian...dan tolong tenangkan papa.Mana tak kesiannya..dahlah jatuh terpelanting jauh kedepan..sambil merangkak menahan kesakitan..dia merayu memohon maaf kat papa..yang dia tak sengaja.Selepas sesi tanya menanya..rupanya budak tu student UITM..yang menyewa dibelakang rumah aku aje.Aku ambilkan air minuman..suruh dia minum dulu..dan rehat untuk hilangkan rasa terkejutnya dan tenangkan hati.Olih kerana dia ada kelas..aku suruh dia pergi kelas dulu..dan tinggalkan motor nya kat rumah aku.Balik nanti boleh sambung bincang...

Sayang kereta aku..itu hadiah harijadi aku dari papa pada tahun 2007.Bukan senang nak dapat...lepas bertahun2 kahwin..tak sangka pulak papa nak hadiahkan aku sebuah kereta.

No comments :

Post a Comment

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..