*

Tuesday, 7 April 2009

Pokok Kemboja dan Burung

Pokok kemboja ni aku tanam dah hampir setahun.Tak pernah berhenti berbunga, walaupun bunganya tak selebat pokok2 di tempat lain yang aku nampak.Dalam banyak2 warna bunganya..warna yang ini pulak menjadi pilihan aku. Semasa aku beli pokok ni harganya RM70, tingginya lebih kurang 4 kaki.sekarang tingginya sudah sekali ganda.

kalau dulu pokok kemboja ni hanya ditanam di kawasan tanah perkuburan sahaja..tapi sekarang ia telah mengambil tempat di halaman2 rumah.

Suka melihat bunganya yang berkembang dan bila sampai waktunya bertaburan dihalaman rumah.sejak aku tanam pokok ni..banyak pulak burung2 yg datang singgah menghisap madu.Boleh dikatakan setiap pagi..aku mendengar kicauan burung disitu.































Ini lah burung yang selalu bertengek di tepi tingkap bilik aku.Hari tu aku sempat merakam gambarnya dari dalam bilik.Pokok mangga tu ..jiran sebelah punya.

No comments :

Post a Comment

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..