*

Thursday, 26 March 2009

love oya


Aku tak reti nak gambarkan apa perasaan aku..bila Oya buat benda ni...hihihi.Aku pun tak perasan yang dia pun ada bakat menjahit.Yang aku tahu dia memang berbakat membuat bunga.
Masa dia dalam tingkatan 3( masa tu gila2 musim bunga sabun )dia dan kelab usahawannya,membuat bunga sabun untuk di jual pada hari guru.Semua idea datang dari dia.Pada tahun itu kelab usahawannya mendapat untung besar..dan mendapat anugerah cemerlang hasil dari usahanya.
Semenjak aku menjahit love2 utk jualan ni..dia tak ambik hirau pun.Hari tu bila aku jahit sample utk seorang yg bertanya...tetiba dia tanya "macamana ibu jahit wording pada love tu"..bila dia nampak love yang aku jahit.Aku pun tunjukan sikit contoh camna nak jahit.Tak berape lama lepas tu..ambil tengok2 TV..dia kata dah siap.Aik! terkezut aku..memang betul2 dah siap.Inilah ghupenya..hasil kerjatangan anak gadisku..
Aku ni macam orang dulu2 pulak..suka kalau anak gadis yang pandai memasak~ kemas rumah~ membuat kerjatangan~..dan seangkatan dengannya...hehehehe..


glitter-graphics.com

No comments :

Post a Comment

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..