*

Sunday, 8 March 2009

lintah

Add caption

Add caption
Add caption

Semalam aku dan oya,lepak2 aje kat rumah.takde aktiviti menarik nak di buat.sambil menonton tv..aku mengodek2 laptop, menjahit tempahan...sambil berborak.Tetiba keluar cerita pasal lintah.

Aku mencadangkan oya menalipon Chek( anak jiran aku..kawan Oya, yang keluarganya ada menternak lintah) meminta dia membawa balik beberapa ekor lintah, kerana aku nak membuat rawatan lintah di rumah.Kebetulanya...lintah tu dah memang sedia ada di rumah nya.Sepantas kilat dia pun datang membawa dua ekor lintah..Eeeeeee..geli nengoknya.Aku dan oya terjerit2 kegelian melihat Chek memegang lintah2 itu.tapi Chek selamba aje bermain2 dgn lintah tu..tula org kata "alah bisa tegal biasa"
Chek menceritakan serba sedikit pasal lintah dan tabiatnya dan kelebihan rawatan lintah ni.Apa lagi oya pun teruja nak mancuba.Mulanya aku yg nak buat rawatan ni utk mengurangkan tekanan darah tinggi aku ni.

Olih kerana aku yg terlebih geli..cek mulakan dengan Oya dulu.Oya terjerit2 menahan geli apabila lintah tu mula merayap dikakinya.puaslah lintah tu merayap mencari tempat utk dia mencari punca darah kotor...tapi tak jumpa.lepas kaki kiri,kaki kanan pulak...tak jumpa jugak...last2 dia melekat kat tepi buku lali Oya.Kat situlah punca darah kotor..kata chek.

Tiba giliran aku..Chek mencadangakan letak di kaki jugak...tapi aku tak mahu..tak sangup nak nengok lintah tu melekap kat kaki.aku nak letakkan di blakang badan.tak nampak.Bila cek letakkan kat belakang...YaAllah...sejuknya dan geli geleman aku..tapi tahan ajelah.mula2 letak kat sebelah kiri badan...dia merayap2 macam tak jumpa punca.Aku mencadangkan Chek letak sebelah kanan pulak...apelahi dia terus ngap kulit aku...huhuhuhu..pedih kulit aku

Sebenarnya ..dulu aku pernah buat jugak.tapi suruh papa letakan..macam tu jugak, lintah tu tak nak sebelah kiri.bila papa letah sebelah kanan dia terus ngap.mungkin jugah aku ni ada masaalah pada sebelah kanan badan.tangan kanan aku ni memang selalu kebas2..macamtu jugak kaki...sebelah kanan ni yg selalu lengoh atau pun kena simpul biawak.masaalah payuara pun sebelah kanan jugak.

Sepatutnya..aku kena baring..sampai lintah tu gugur sendiri bila dah kenyang.Tapi aku ni..jenis tak boleh duduk diam.aku berjalan sesana kesini.lepas 45 minit..aku dah rasa..lintah tu berat,dan Oya kata dia dah membesar.bila aku bangun...tetiba lintah tu gugur..kerana berat, dia tak boleh melekapkan badannya.

Oya pulak, lebih 2 jam tak gugur lagi.dia dah rasa nak ketandas.semasa ketandas lintah tu gugur sendiri.

No comments :

Post a Comment

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..