*

Sunday, 1 March 2009

perangai aku vs perangai suami

Dah lama tak mengisi ruangan dairi ni..bukan takde cerita..tapi tak sempat nak menaipnya.Beberapa minggu kebelakangan ni..agak sibuk dengan urusan keluarga.papa kena denggi..dan tekanan darah aku selalu tak stabil.

Sebenarnya aku ni jenis yg slow motion.Kalau ribut2...mulalah aku jadi tak stabil..sebab aku ni janis suka memikir dan memendam..dan tak suka bercakap banyak.Aku kalau di rumah...bercakap dan berbual dengan suami dan anak anak..bercakap mana yang penting penting sahaja..dan bercakap atau nasihat tak suka nak ulang2...apatah lagi nak membebel.Kalau orang tengok aku ni macam serius aje..tapi taklah serius sangat.hehe

Suami pulak jenis happy go lucky.Buat tak kisah aje..Sukalah engko orang..malas nak pikir2.Suka melawak dan bersembang dan suka mengadu masaalah.Nak menegur kesalahan anakke.. nak menasihati anak ke...nak marahkan anak ke..memang tak pernah.Itulah sebabnya.. kesihatannya ok aje...dan awet muda.Masa masuk hospital hari tu..doktor kata kesihatannya pada tahap yang amat bagus..Alhamdhulillah..

Anak2 pulak..yg sulong dan bungsu..mengikut gaya papanya.suka bergurau dan melawak.sesuatu perkara tu..ambik mudah aje.yang kedua dan ketiga..mengikut gaya aku.
Nampak macam serius aje..tak pandai melawak/bergurau.tapi kalau tengok orang bergurau..dia boleh aje melawak/bergurau..

Disebabkan papa masuk hospital..aku dah jadi tak keruan.bila tekanan darah dah stabil..aku kena jangkitan pundi kencing( kencing kotor ) pulak.Doktor kata disebabkan kurang minum air.Lepas makan ubat..Alhamdhulillah..dah rasa lega ...
barulah boleh bertenet semula..hehe

2 comments :

  1. kak ros...sue bagi akak tag gambar...kak inna dah bagi...kalau free akak tag kan gambar ye...akak lawat blog sue..
    http://suelovelyhand.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. salam sue..
    kak baru peasan posting sue,,k ntt kak ke sana ek..tq

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..