*

Tuesday, 10 February 2009

sahabat

Hari ini dapat berita… sahabat kakrose sudah boleh bawa balik ke rumah.Doktor dah tak boleh nak buat apa apa..keadaannya sangat kritikal.Penyakitnya dah masuk ke tulang dan otak. Doktor mengatakan tubuhnya akan lemah berperingkat peringkat.Apa yang mampu di buat..hanyalah berdoa..hanya ALLAH sahaja yang maha mengetahui segalanya.

Malam tadi lepas isyak..kakrose pergi ziarah kerumahnya...dapat melihat keadaannya..rasanya macam dah ada perubahan..mukanya dah merah..kaki tangan dah rasa panas macam org sihat…cumanya dia tak boleh bergerak dan bercakap. Kami berinteraksi melalui lerekan matanya sahaja.Bila dia nampak kakrose datang ..dia memandang tepat kemuka kakrose..dan nafasnya deras..seolah2 nak bercakap.Bila kakrose tanya apakhabar…dah makan ke..dia cuba buka2 bulut…tapi tak boleh.Kakrose menahan sebak,,klau bolih tak mahu dia nampak yg kakrose sedih.Bila kakrose gosok2 pipi dia dan mencium dahinya..airmata dia sahaja yg meleleh.Kami berpura2 macam takde ape berlaku pada dia..untuk mengelakan dia rasa tertekan.Kami memberi kata2 semangat..supaya dia cepat sembuh.Bintik2 merah dah mula keluar dari payudaranya…taktaulah apa maknanya tu..Hanya Allah yg maha mengtahui…

No comments :

Post a Comment

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..