*

Wednesday, 4 February 2009

sahabat

3/2/09
Pagi tadi dapat berita sahabat kakrose dimasukkan ke hospital..ada masaalah paru2.Dah beberapa bulan terlantar dirumah..akhirnya masuk hospital jugak.
Kisahnya..sahabat kakrose ni..mulanya ada ketulan dipayudara..selepas beberapa bulan buat pembedahan buang ketulan tu.. doctor sahkan ada simtom cancer...so doctor cadangkan buat pembedahan buang semua kawasan yg terkena canser tu.tapi dia tak nak pergi.Lebih suka berubat cara kampong.Dah beberapa bulan tak baik jugak.Kakose dan kawan2 lain ada pujuk suruh dia dapatkan rawatan dihospital....tapi dia taknak...apapun jadi biarlah kat rumah.. katanya..
Kesian tengoknya..tangannya membekak 2 x ganda dari yang asal..kalau nak bergerak..terpaksa ditampung...memang belas melihat keadaan dirinya.Kalau dulu...kami sama2 aktif..kami mengaji bersama di masjid,dan khatam ALQuran bersama,pergi buat memogram bersama ( kakrose dulu pun doctor kata ada simtom cancer dan dah pernah buang cist )melancung pun bersama..kami juga menunaikan haji pada tahun yg sama..walaupun pergi dgn package yg berlainan dan banyak benda yg kami lakukan bersama.Seingat kakrose..selama berkawan dgnnya,tak pernah sekali pun dia mengecilkan hati kakrose.
Lepas dengar berita..kakrose ke hospital Putrajaya..lepas berkompromi dgn jaga tu dapatlah masuk, walaupun bukan pada waktu melawat.Sedihnya..dia dah separa sedar..taktaulah dia boleh kenal kakrose ke tidak.Doctor mencadangkan nak buat pembedahan di kepala..kerana telah berlaku pendarahan diotaknya..tapi harapan 50/50.Selepas anak anak,adikberadik berbincang..tak jadi buat pembedahan tu..taktaulah sebabnya..keputusan di tangan suami..kesian katanya.huhuhuhu..kakrose sedih..
Lepas magrib tadi...kami beramai2 membaca surah yasin..dan selepas isyak kami solat hajat di masjid...mohon pada ALLAH semuga dia cepat sembuh..Amiin.

2 comments :

  1. sedihnya baca cerita k.ros ni..bila sampai masa kita diuji Tuhan...mohon banyak2 agar kita tabah/kuat semangat menghadapinya...

    ReplyDelete
  2. yelah annie..begitulah kehendakNYA.
    sampai sekarang pun masih tak sedar..

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..