*

Thursday, 26 February 2009

Alfatihah...Untuk Allahyarhamah Hajah Salasiah

25/2/09...sahabat aku yang menderita sakit barah payudara telah pulang ke rahmatullah malam tadi.Bila dapat berita malam tadi aku tak boleh melelapkan mata..hingga hampir subuh baru dapat lelap sekejap.

Jam 9:00 pagi aku ke masjid ziarah pengurusan jenazah allahyarhamah.Ramai saudarmara,sahabat handai,rakan2 dan jiran tetangga yg datang, penuh masjid.Allahyarhamah ni memang di senangi dan mempunyai ramai kawan...walaupun dia nampak agak pendiam.selalunya...kalau ada kematian..kebanyakan orang menangis..tapi kali ni takde orang pun yg menangis..termasuk aku.kenapa ek? aku sendiri pun tak rasa sedih sangat.Mungkin semasa dia terlantar sakit kami semua dah puas menangis melihat penderitaannya...dan kami semua dah redha dengan pemergianya...semuga dia di tempatkan bersama orang2 yang soleh dan solehah...AMIIN.

No comments :

Post a Comment

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..