*

Sunday, 28 September 2008

Bercuti ke Jepun

Assalamualaikum..

kakyon share gambar2 ini semasa kakyon, Papa dan Oya pergi bercuti ke negara  matahari terbit, sambil melawat anak akak yang sedang belajar disana. kami tinggal di rumah sewa anak akak selama seminggu. Seronok sangat rasanya tinggal  disana. waktu  itu sudah hampir penghujung musim sejuk..dah nak masuk  kemusim bunga ..dapatlah  jugak kami melihat salji yg sedang  mencair..hihihi. sempat juga melihat  bunga sakura mula berkembang. selama seminggu disana kami banyak menghabiskan masa berjalan-jalan melihat pemandangan. Tempat yang sempat kami lawati cuma ke Disney Sea..factory outlet..Aeon shopping komplek dan jalan2 sekitar bandar Gunma bandar tempat anak akak tinggal. nak kata bandar pun bukan..lebih kepada perkampungan. Bandar Gunma yang di kelilingi bukit dan gunung ganang adalah sebuah tempat kawasan pertanian. Tidak sedikit pun masa yang kami bazirkan semasa di sana. keluar rumah seawal pagi balik kerumah sampai jauh malam..Tak dapat nak dibayangkan betapa seronoknyaa tinggal disana. Tapi dengan kos yang sangat tinggi tak mampu rasanya untuk tinggal di sana lebih lama..huhuh
keadaan persekitaran suasana nya yang nyaman, sejuk dan bersih, semuanya serba teratur.. membuatkan hati ini sudah jatuh cinta untuk kesana lagi..kalau ada peluang dapat  kesana lagi..kakyon suka sangat kalau dapat pergi waktu musim bunga..sudah tentu pemandangannya lebih mengasyikkan..


 di airport..menanti penerbangan..

posing anak bujang kakyon bersama keretanya..
kereta inilah yang membawa kami kemana-mana selama seminggu kami berada di sana..







minum-minum di restoran jepun.. 












 



bila penat berjalan di factory outlet.. kami berehat







Pemandangan dalam satu kawasan di Disney Sea..







musim sejuk hampir tamat..sakura memunculkan dirinya. pemandangan sekitar rumah sewa anak kakyon..




















































No comments :

Post a Comment

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..