*

Monday, 19 January 2009

Hari ini rasa lega..sebab semua urusan diawal tahun sudah selesai.Rumah baru pun dah siap..tinggal nak tunggu dapat kunci aje..kemungkinan akhir feb dapat.Memula dulu ..ingat nak renovet..tapi somi kata ..jangan dulu..dlm keadan sekarang ni income pun tak menentu..ada sikit simpanan tu jangan guna..tunggu sampai ekonomi pulih.Insyaallah...

Nampaknya tahun 2009 ni tahun berjimat cermat.Maklumlah dalam keadaan ekonomi sekarang ini, memerlukan kita berhemah apabila berbelanja.Tahun2 yg lepas dah puas berjalan dan berbelanja sakan...jadi tahun ni rehat dari aktiviti berjalan2 makan angin..

Tadi pergi ke KL..cari bahan2 utk jualan..macam dah takde bahan nak di jual.Semuanya sama aje...boringlah pulak. Kalau ada pun mahal sangat..belum tentu ada kastemer nak beli.Tengah cari idea apa yang nak dijual ni..

Dalam minggu ni somi nak belanja BIG BOSS makan malam kat Restoran Thai.Ini acara tahunan...biasalah kita ni sebagai kontraktor..kena ambik hati bos.

Tahun baru cina ni,rasanya macam tak meriah aje.sebabnya..selalu dapat banyak limau free...kali ni dapat 2 kotak aje.suami pulak beli 5 kotak untuk di agih2kan kepada pekerja2 kilang yg naik van kilang kami.(dah jadi kemestian)

Nampak gayanya cuti CNY duduk rumah ajelah...majlis kenduri khawin pun banyak...paham2 ajelah..

No comments :

Post a Comment

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..