*

Saturday, 31 January 2009

xtvt sehari

Hari ini oya takde kat rumah..semalam dia MC...dah kautim dgn boss katanya..nak pergi kekolej UKM ( bekas kolej )nak jumpa kawan2 lamanya.Kebetulan best friendnya nak ke UK malam ni..sambung belajar disana.So mereka berkumpul diUKMlah..nak hantar dia ke airport.Kesian Hanis takde siapa nak hantar ( familynya sekarang tinggal kat Afrika ).kawan2nya ajelah yg hantar.
Ateh..biasalah hari sabtu dia kerja.."ada ot smapai petang..tapi ibu tak payah masak..ateh makan kat luar"..katanya
Pagi tadi suami ajak sarapan di luar..sarapan kat restoran soto seksyen 8.Sotonya memang sedap.

soto yg kakrose oder dan kueh lopez ni kesukaan suami.






















Lepas sarapan..kami pergi rewang kat rumah kawan setaman,kawan rapat merangkap jiran tetangga..heheh.Bukan ada kerja pun.. saja melepak..meramai2kan aja..dah jadi kebiasaan kat sini..duduk2..sembang2..makan2..hehehe..













Makan tengahari lepas rewang...lauknya.. tulang masak asam pedas tarok kentang,sambal/ulam, salad,masak lemak nenas ikan masin,ikan belanak pekasam dan kerabu kacang botol/taugeh..ada cencalok lagi...













Macam2 jenis kueh ada..semuanya manis2...ermmm (avoid sugar)..kueh ini( cucur badak ) aje yg kakrose makan dan bermacam2 kerepek..













Ini aje kerja kakrose..hiris kelapa muda..nak buat rendang tok.Baru hari ini tahu yg masak rendang tok tu.. tarok hirisan kelapa muda.Dulu pernah tolong org masak rendang tok..tak pulak tarok kelapa muda.Yelah..lain tukang masak..lain pulak resepinya..

No comments :

Post a Comment

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..