*

Monday, 29 September 2008

Kedah

No comments :
Rombongan menghantar pengantin ke Kedah.










Gambar kenangan bersama Ramli Sarip..kebetulannya dia pun menginap di hotel yg sama dengan kami.

Sunday, 28 September 2008

Awana Kijal

No comments :
Percutian bersama keluarga. masa ini ateh baru balik dari Jepun..cuti semester. Kakrose amik kesempatan untuk pergi bercuti beramai2. Semenjak ateh belajar di Jepun..kami sekeluarga sudah tidak berpeluang pergi bercuti beramai2 kerana merasa ada kekurangan seorang ahli keluarga...


















hero2 kakrose..posing sakan..

Suami kakrose suka pergi melancong...semua negeri kami dah jelajah..termasuk sabah dan sarawak..ini sebahagian gambar percutian kami sekeluarga di Awana Kijal  Terengganu.


Kuching Sarawak

No comments :
Kami sekeluarga ke Kuching..













gambar2 ini semasa kami sekeluarga pergi bercuti ke Kucing. tengoklah gelagat cucu sulong kakrose yg takut nak masuk swimening pool ( ayat  Dhani lah tu.. )

Bercuti ke Jepun

No comments :
Assalamualaikum..

kakyon share gambar2 ini semasa kakyon, Papa dan Oya pergi bercuti ke negara  matahari terbit, sambil melawat anak akak yang sedang belajar disana. kami tinggal di rumah sewa anak akak selama seminggu. Seronok sangat rasanya tinggal  disana. waktu  itu sudah hampir penghujung musim sejuk..dah nak masuk  kemusim bunga ..dapatlah  jugak kami melihat salji yg sedang  mencair..hihihi. sempat juga melihat  bunga sakura mula berkembang. selama seminggu disana kami banyak menghabiskan masa berjalan-jalan melihat pemandangan. Tempat yang sempat kami lawati cuma ke Disney Sea..factory outlet..Aeon shopping komplek dan jalan2 sekitar bandar Gunma bandar tempat anak akak tinggal. nak kata bandar pun bukan..lebih kepada perkampungan. Bandar Gunma yang di kelilingi bukit dan gunung ganang adalah sebuah tempat kawasan pertanian. Tidak sedikit pun masa yang kami bazirkan semasa di sana. keluar rumah seawal pagi balik kerumah sampai jauh malam..Tak dapat nak dibayangkan betapa seronoknyaa tinggal disana. Tapi dengan kos yang sangat tinggi tak mampu rasanya untuk tinggal di sana lebih lama..huhuh
keadaan persekitaran suasana nya yang nyaman, sejuk dan bersih, semuanya serba teratur.. membuatkan hati ini sudah jatuh cinta untuk kesana lagi..kalau ada peluang dapat  kesana lagi..kakyon suka sangat kalau dapat pergi waktu musim bunga..sudah tentu pemandangannya lebih mengasyikkan..


 di airport..menanti penerbangan..

posing anak bujang kakyon bersama keretanya..
kereta inilah yang membawa kami kemana-mana selama seminggu kami berada di sana..







minum-minum di restoran jepun.. 












 



bila penat berjalan di factory outlet.. kami berehat







Pemandangan dalam satu kawasan di Disney Sea..







musim sejuk hampir tamat..sakura memunculkan dirinya. pemandangan sekitar rumah sewa anak kakyon..